KENINGAU: Keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, sekali lagi terserlah apabila beliau menyalurkan sumbangan kepada seorang pesakit di Hospital Keningau, sebagai tanda sokongan moral kepada keluarga yang berdepan ujian kesihatan.
Sumbangan berkenaan disampaikan melalui Ketua Wiramuda, Micheal Tambi, bersama Ketua Pemuda Rancangan Pamalan, Razlan, dalam kunjungan ringkas menziarahi pesakit terbabit, Siti Aisah Jamilin.
Keluarga pesakit menzahirkan penghargaan atas keprihatinan dan perhatian yang diberikan, sambil menyifatkan bantuan itu sebagai suntikan semangat yang amat bermakna ketika mereka melalui saat sukar.
Menurut Micheal, inisiatif tersebut mencerminkan kesungguhan Datuk Annuar untuk memastikan setiap lapisan masyarakat, khususnya di kawasan Liawan, tidak terpinggir daripada perhatian wakil rakyat.
“Annuar sentiasa menekankan bahawa kepimpinan bukan hanya dinilai melalui pembangunan fizikal, tetapi juga sejauh mana kita hadir memberi sokongan moral kepada rakyat yang diuji,” katanya.-pr/BNN




