KENINGAU: Komitmen penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, terhadap pembangunan belia sekali lagi dizahirkan apabila beliau menyumbang hadiah wang tunai bagi menjayakan Kejohanan eFootball (PES) Mobile 2025 anjuran Belia Kampung Kauran, baru-baru ini.
Sumbangan tersebut menjadi dorongan besar kepada penganjur dan peserta, sekali gus menjadikan kejohanan hujung minggu itu berlangsung dengan meriah serta mendapat sambutan hangat daripada anak muda sekitar Keningau.
Selain Annuar, kejohanan itu turut mendapat sokongan penaja bersama iaitu AJ Addy dan Mohd Raziq Hidayat, yang turut memainkan peranan penting memastikan kelancaran penganjuran acara berkenaan.
Menurut Mohd Raziq, sumbangan dan galakan daripada pemimpin tempatan seperti Datuk Annuar amat bermakna bagi menghidupkan aktiviti belia di peringkat akar umbi.
“Kami sangat menghargai sokongan Datuk Annuar. Tanpa dorongan seperti ini, sukar untuk kami menjayakan program sebegini di peringkat kampung,” katanya yang mewakili belia Kauran.
Beliau berkata, kejohanan itu bukan sekadar pertandingan santai, tetapi turut menjadi wadah memperkukuh hubungan sesama belia setempat, menggalakkan semangat berpasukan dan memupuk perpaduan komuniti.
Annuar sebelum ini dikenali sebagai pemimpin yang sentiasa mendukung pelbagai inisiatif pembangunan belia di DUN Liawan, termasuk dalam bidang pendidikan, keusahawanan, sukan dan kebajikan masyarakat luar bandar.
Pendekatan beliau yang dekat dengan rakyat menjadikan setiap program komuniti mendapat sambutan menggalakkan, selaras dengan matlamatnya membina generasi muda yang aktif, berdisiplin dan berdaya saing.-pr/BNN





