KENINGAU: Keyakinan terhadap kepimpinan penyan(dang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, semakin terserlah apabila masyarakat Mukim Senagang berhimpun dalam sesi penerangan halatuju pembangunan Liawan yang berlangsung semalam.
Sesi yang dikendalikan oleh Adzra Addy Jasni, wakil kepada Annuar, menjadi platform untuk menampilkan rekod lima tahun perkhidmatan beliau di kawasan itu, termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur, kebajikan rakyat, pembangunan ekonomi keluarga dan keprihatinan terhadap komuniti pedalaman tanpa mengira latar belakang.
“Kehadiran ramai hari ini membuktikan rakyat Liawan tahu menilai. Kita tidak datang dengan janji, tetapi dengan rekod kerja yang terbukti serta hubungan yang terjalin dari hati ke hati,” katanya.
Adzra menegaskan, sokongan terhadap Annuar bukan sekadar soal politik, tetapi lambang kestabilan, kesinambungan dan masa depan Liawan.
“Kita mahu Liawan terus maju. Sokong kestabilan, kepimpinan berpasukan, dan calon yang sentiasa bekerja untuk rakyatnya,” ujarnya disambut tepukan penduduk.
Kehadiran menggalakkan masyarakat Mukim Senagang itu mencerminkan gelombang sokongan yang semakin kukuh menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17 yang akan diadakan akhir bulan November ini.-pr/BNN





