PUTATAN: Aspirasi meningkatkan aktiviti ekonomi belia dan masyarakat merupakan elemen penting dalam visi calon GRS, Shah Alfie Yahya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Negeri Sabah kali ini di Tanjung Keramat.

Menurut beliau, idealogi mencipta nilai keusahawanan di kalangan masyarakat menjadi agenda utamanya dalam membangunkan perkembangan ekonomi komuniti.

“Selaras dengan salah satu visi kita iaitu aspirasi meningkatkan aktiviti ekonomi belia dan masyarakat.

“Ini adalah misi peribadi kita. Untuk benar-benar mempergiatkan ekonomi, kita perlu mengubah ‘mindset’ daripada pencari kerja kepada pencipta kerja.

“Inilah idealogi keusahawanan yang akan saya terapkan, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan program walkabout bersama calon GRS DUN Tanjung Keramat di Tamu Putatan dan perkarangan kedai pekan Taman Jumbo, di sini, pada Ahad.

Hadir sama adalah Ketua Bahagian PGRS Tanjung Keramat, Ir. Ummar Ariff Abu Bakar.

Mengulas mengenai program berkenaan, Shah Alfie yang juga calon nombor tujuh itu berkata, ia dilihat sebagai usaha berterusan pihaknya mendekati para pengundi dan golongan peniaga di kawasan DUN tersebut.

“Hasil aktiviti ini, kita mendapati ramai pengusaha menjadikan hari-hari cuti sebagai usaha meningkatkan hasil jualan mereka dan ada juga mengambil kesempatan menjana pendapatan sampingan.

“Saya dan rombongan juga mengambil kesempatan untuk melakukan tinjauan rapat untuk mengetahui isu atau permasalahan yang ada, namun alhamdulillah, semua agak berpuas hati dengan fasiliti yang ada.

“Insyallah kita akan sentiasa menyantuni mereka dan selaras dengan salah satu visi kita iaitu aspirasi meningkatkan aktiviti ekonomi belia dan masyarakat, “katanya.-pr/BNN