KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengalu-alukan peluang kerjasama strategik dengan negara Scandinavia, Norway.

Ini merupakan mesej yang beliau sampaikan semasa pertemuan dengan Duta Besar Norway ke Malaysia Marianne Fosland di Menara Kinabalu hari ini.

Beliau berkata Sabah komited terhadap agenda pembangunan lestari dan mengalu-alukan peluang kerjasama strategik dalam bidang ekonomi hijau, tenaga boleh diperbaharui, pelancongan dan pembangunan teknologi.

Dalam pertemuan tersebut turut dibincangkan promosi Sabah sebagai destinasi eko- pelancongan bertaraf antarabangsa dan potensi kerjasama promosi pelancongan Eropah-Sabah.

Fosland diiringi oleh oleh Timbalan Ketua Misi, Knutt Granli.-pr/BNN