Pesta Magahau dijenamakan semula

0
Bj Alexandris Mabaris (kiri) bersama Melka Angie Judik (tengah) dan Helvon Paulus (Kanan).
KOTA KINABALU: Sambutan Pesta Magahau di Semenanjung Malaysia tahun ini telah dijenamakan semula kepada Pesta Magahau Zon Wilayah Persekutuan/Semenanjung.
Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah. (SAMORA) Dato Jelani Hamdan berkata, penjenamaan itu sejajar dan selaras dengan skop perayaan pesta itu tahun ini yang fokus kepada peringkat negeri Sabah.
Effy Erra Fify ( Kiri) bersama Norina Molisin ( tengah) dan Allyssa Endry ( kanan).
Menurutnya, di masa akan datang kita bolehlah memikirkan semula sambutan di peringkat zon-zon  di Semenanjung Malaysia, jika ada keperluan atau permintaan.
“Disebabkan pengubahsuaian dan perubahan baru saja diputuskan, maka venue untuk sambutan Pesta Magahau Zon Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan di Kota Kinabalu kerana sebahagian besar peserta berada di Kota Kinabalu.
“InshaAllah tahun depan kita akan sambut perayaan Pesta Magahau bagi zon Wilayah Persekutuan Labuan di Labuan”, katanya ketika merasmikan sambutan zon itu di Kota Kinabalu.
Sementara itu, Cik Norina Molisin muncul sebagai Johan Mitarab Gimpuhut Momogun ( MGM) bagi Zon Wilayah Persekutuan / Semenanjung  2018. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Cik Effy Erra Fify Binti Zaide dan Allyssa Endry.
Bagi acara Mitarab Monurizak, Cik Melka Angie Judik muncul sebagai Johan manakala Naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh Bj Alexandris Mabaris dan Helvon Paulus . -Oleh L.S Kuang/BNN