KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengarahkan semua sekolah di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup buat sementara waktu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berkata langkah itu diambil bagi melindungi murid dan guru daripada kesan buruk jerebu terhadap kesihatan.

“Langkah ini juga selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan susulan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Setakat ini, semua sekolah di Tawau telah diarahkan ditutup mulai Rabu (14 Oktober) berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk.-pr/BNN