Pemalsuan dokumen: pelakunya harus menerima hukuman berat, buang negara- APS

0
Paul Kadau

KENINGAU: NGO Angkatan Perpaduan Sabah (APS) menegaskan bahawa
melihatkan kepada senario baru baru ini berhubung sindiket pemalsuan
dokumen pengenalan diri di Semporna sangat serius, adalah perlu
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil tindakan tegas dengan
seberapa segera.

Naib Presidennya Paul Kadau (pic) berkata, ini termasuk membatalkan
semua dokumen, sijil beranak dan IC yang telah dikeluarkan oleh
rangkaian agen agen tersebut dan JPN juga diharuskan menyemak kembali
kejayaan JPN mendaftar dan merekodkan seramai 2.8 juta orang asal
Sabah sebelum ini.

Paul berkata, kejadian seumpama ini amat serius yang melibatkan
keselamatan dan kedaulatan Negara , maka kerajaan perlu memperkenalkan
Undang Undang yang lebih berat antaranya buang negara sebagai penalti
kepada pelakunya kerana kesalahan mengkhianati negara, katanya.

Paul berkata demikian sebagai mengulas laporan penangkapan sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri melibatkan seorang Pegawai JPN, merupakan antara tiga lelaki yang ditahan diSemporna bagi membantu siasatan pada baru baru ini.

Laporan itu menyebut, bahawa penahan mereka membawa kepada penemuan
beberapa keping borang permohonan dokumen, cop dari JPN, Klinik
Kesihatan Hospital TawauSemporna, Mahkamah Anak Negeri, Ketua Ketua
Kampong dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

Menurut laporan itu, sindiket itu disyaki menjalankan kegiatan mereka
sejak awal tahun lepas dengan menawarkan perkhidmatan daftar sijil
lahir dengan bayaran RM3,500 dan daftar kad pengenalan RM6,000.

Selain itu, Paul menggesa pihak berkuasa agar kes tersebut disiasat
dengan sewajarnya mengikut skop yang lebih luas supaya tidak ada petualang petualang yang terlepas atau dapat mengelakkan diri daripada
tindakan tersebut mengikut Undang Undang yang ada, katanya.

Dalam pada itu, APS turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada PDRM diketuai  Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass kerana berjaya menangkap dan menahan  ketiga-tiga lelaki itu yang berusia 30 hingga 43 tahun untuk siasatan lanjut pada Selasa lepas (23 Julai) di sekitar daerah Semporna.

Dalam perkembangan yang berasingan, APS pernah menyuarakan
kebimbangannya berhubung laporan JPN didalam media mendakwa telah
berjaya melakukan pendaftaran dan merekodkan seramai 2.8 juta rakyat
tempatan yang ‘Mendaftar Lewat Kelahiran’ kerana jumlahnya menjadi
suatu persoalan dan tanda tanya.

Ini kerana jumlahnya yang sangat meragukan dan tidak boleh dipercayai
jika terdapat 2.8 juta rakyat tempatan yang ‘Mendaftar Lewat Kelahiran’ menjadi persoalan bahawa siapa mereka itu sehingga sampai
2.8 juta orang? katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan disini
pada Selasa.-pr/BNN