Menteri MOA Perlu Beri Penjelasan Perlantikan AJP PPK Tuaran Sebagai Kakitangan Nafas

0
Haji Abd Rahman Kasim
LAHAD DATU: Pertubuhan Peladang Kawasan Lahad Datu hari ini meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi penjelasan berhubungan perlantikan seorang ahli Parti Amanah yang juga Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran sebagai Pegawai Pembangunan Peladang Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) untuk negeri Sabah.
Pengerusinya,  Haji Abd Rahman Kasim berkata,  Encik Abu Huzaifah Kamal  yang berasal dari Tuaran telah dilantik sebagai AJP pada Julai 2019 oleh Menteri MOA, Dato Salahuddin Ayub berkuatkuasa mulai tahun 2019 sehingga Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.
Katanya, tidak lama kemudian Abu Huzaifah dilantik pula sebagai Pegawai Pembangunan Peladang Nafas untuk negeri Sabah.
“Menteri MOA telah menggunakan kuasanya memberi dua lantikan (jawatan) kepada Abu Huzaifah. Beliau kini bukan sahaja sebagai AJP PPK Peladang, pada masa yang sama juga sebagai Pegawai Pembangunan Peladang Nafas.
“Perlantikan tersebut adalah bertentangan dengan  Perkara 47 (i) dan (ii) Perlembagaan Pertubuhan Peladang (PP)
“Perkara 47 (i) Perlembagaan PP menyatakan bahawa kakitangan Nafas tidak boleh menerima gaji daripada PP.
“Perkara 47 (ii) pula menyatakan tidak boleh memegang jawatan rasmi di PP dan terlibat membuat sesuatu perkara yang dia ada kepentingan.
“Maka adalah jelas perlantikan tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan PP. Sepatutnya  Dato Salahuddin Ayub melantik mereka yang tidak memegang apa-apa jawatan AJP PPK ke jawatan bergaji tetap dalam Nafas.
“Justeru Menteri MOA Dato Salahuddin Ayub perlu memberi penjelasan kepada ahli-ahli peladang di Seluruh Malaysia berhubung perkara ini”, tegas Abd Rahman.-pr/BNN