Tami KPD pada 3 dan 17 November 2019

0
Tamu KPD

KOTA KINABALU:Tamu KPD anjuran Korporasi Pembangunan Desa (KPD) akan diadakan di Kompleks Pemasaran KPD, Tanjung Lipat, Kota Kinabalu pada 3 dan 17 November ini.*

Masa tamu pada hari-hari tersebut ialah dari pukul 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Pelbagai barangan tempatan khasnya produk-produk KPD yang bernilai tinggi seperti Madu-madu Kelulut, Potiukan (wild honey) dan Tropical serta Teh Moringa Borneo.

Para pengunjung tamu boleh membeli susu kambing segar, ais krim susu kambing pelbagai perisa, ayam kampung hidup, ayam pedaging segar dan beku, buah kelapa pandan, cendawan, pelbagai jenis sayuran, buah-buahan dan produk-produk pertanian lain dengan harga yang berpatutan.

Para pengunjung dipelawa menyertai acara Santai Karaoke bagi memeriahkan lagi suasana tamu tersebut.

Orang ramai khasnya para usahawan tempatan yang ingin mendapatkan maklumat dan menyertai Tamu KPD boleh menghubungi Ibu Pejabat KPD di talian 088-291381 / 291329 / 260403 / 260837 / 291309, Nicholas Toidis 014-3590065 dan Arifin M.Salim 017-8038416.-pr/BNN

Tamat.