TAMPARULI: Kerajaan Negeri Selangor akan mengadakan usahasama dengan sebuah syarikat tempatan Sabah untuk membuka ladang anggur dan buah tin (grapes and figs garden) di Selangor Fruits Valley (SFV) di Batang Berjuntai, Selangor mulai tahun hadapan.
Perjanjian itu diantara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) iaitu pengendali SFV dan JonGrapevines & Figs Garden (JGFG) dijangka akan ditandatangani dalam masa terdekat.
Dibawah perjanjian tersebut, SFV akan menyediakan tapak dan infrasturktur sementara pihak JGFG akan membekalkan nasihat, kepakaran dan ‘technical know-how’.
Fasa I projek berkenaan bertujuan untuk ‘agro-tourism’ dimana 400 pokok dari 4 jenis anggur koleksi terbaik JGFG akan ditanam. Manakala Fasa 2 bertujuan untuk ‘fruits production’ atau pengeluaran buah yang mana memberi peluang kepada pengusaha tempatan di Selangor.
SFV ladang ‘agro-tourism’ terbesar di rantau ini dengan keluasan hampir 1,000 hektar dan telah memenangi berbagai anugerah ‘agro-tourism’ di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Kelmarin, satu rombongan 17 orang daripada Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Indastri Asas Tani Negeri Selangor telah melawat JGFG di Kg Bantayan dekat sini untuk mendapatkan ‘first hand knowledge’ .
Rombongan itu telah diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa tersebut, YB Izham Hashim yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Exco). (Seorang Ahli Exco di Semenanjung adalah sama taraf dengan Menteri di Sabah/Sarawak).
Turut serta dalam rombongan itu Pengurus Besar PKPS, Hj Tamby Omar Mohammed dan timbalan beliau, Hj Mohamad Fadzil Hitam.
Para pelawat telah disambut oleh CEO JGFG, Puan Nonie Bansunin dan Pengurus, Encik Jonovan Jontih. Mereka telah diberi taklimat oleh Penasihat Teknik, Encik Jontih Enghihon.
Rombongan kemudian telah dibawa melawat ke sekitar ladang termasuk lah kebun anggur dan buah tin (fig).
Bercakap kepada pemberita di akhir lawatan, Ir Izham berkata Kerajaan Selangor melihat penanaman anggur dan buah tin (fig) mempunyai penarikan pelancong yang kuat dan pada masa yang sama berpotensi memberi kepulangan yang tinggi kepada petani tempatan.
“Dengan adanya ladang anggur dan buah tin di SFV kelak, Kerajaan Negeri Selangor percaya lebih ramai pelancong akan melawat Selangor.
“Kita memilih untuk berkerjasama dengan JGFG kerana mereka telah membuktikan kemampuan dan kepakaran mereka. SFV yakin kejayaan serupa dengan skala lebih besar boleh direalisasikan di Selangor menggunakan pengalaman dan kepakaran mereka,” tambah beliau.
Rombongan dari Selangor merupakan rombongan kedua dari luar Sabah dalam masa dua bulan. Baru-baru ini, satu rombongan dari Kementerian Pertanian Malaysia diketuai Ketua Setiausahanya juga melakukan lawatan yan sama.
Sebelum itu, diantara orang-orang kenamaan yang pernaha melawat JGFG ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.-pr/BNN