RANAU : Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Ranau, Datuk Haji Jaimin Samitah mendakwa Pengurus Besar (GM) Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah berbohong berhubung pengurusan penyediaan tiket kapalterbang untuk perjalanan para perwakilan PPN ke Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) ke 46.
Katanya, Catherina Edward telah memberi alasan bahawa pihak PPN Sabah tidak dapat menguruskan penyediaan tiket para perwakilan Sabah kerana PPN masih perlu menyelesaikan urusan penandatangan cek dari kalangan Ahli Jemaah Pengarah (AJP).
Menurutnya, Catherina memaklumkan bahawa keadaan itu menyebabkan PPN Sabah tidak dapat mengeluarkan cek bagi membuat sebarang pembayaran untuk urusan pembelian tiket penerbangan perwakilan Sabah.
“Beliau juga meminta para perwakilan Sabah yang berhasrat menghadiri mesyuarat itu untuk menguruskan pembelian tiket dengan bantuan dari PPK masing masing.
“Alasan yang diberikan oleh Catherina adalah tidak masuk akal dan merupakan satu pembohongan.
“Catherina meminta PPK membelikan tiket perwakilan masing masing melalui suratnya kepada perwakilan salinan kepada semua pengurus besar PPK.
“Apabila diminta surat jaminan darinya yang ditujukan terus ke Pengurus Besar PPK apabila PPK tolong dahulukan pemberian tiket, Catherina tidak ada mengeluarkan surat tersebut.
“Jika PPK dahulukan dan Catherina serta PPN tidak bayar balik, ini boleh menjejaskan kewangan PPK. Sekali lagi menampakkan siapa Catherina ini sebenarnya. ‘TEPUK DADAH TANYA SELERA’”, tegasnya.
Jaimin berkata, sebagai rekod antara perwakilan PPN ke Nafas ialah Y.Bhg Tan Sri Wences Angang Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, YB Dr. Daud Yusof, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan beberapa orang ADUN pun dia sanggu0 lepas tangan, apa lagi kami perwakilan biasa. Kita nilailah orang seperti apa Catherina ini. Minta Kerajaan Malaysia melalui Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam melihat pegawai ini.
“Kami difahamkan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selalu Pendaftar PP telah pun memberi kelulusan keatas permohonan PPN menggunakan 2 orang AJP sebagai penandatangan cek (surat rujukan LPP (B) 13/2 (23)”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jaimin mencabar Catherina supaya menyatakan surat (rujukan LPP (B) 13/2 (23)) bukan kebenaran untuk melantik 2 orang AJP untuk menandatangan cek PPN).
“Kami ahli-ahli PP yang juga pemegang saham dalam PP tidak mahu melihat pegawai seperti ini membodohkan kami. Jika Catherina tidak mempunyai kebolehan mentadbir dengan baik di PPN Sabah seperti Pengurus Besar – Pengurus Besar sebelum ini, maka elok beliau berhenti dan minta tukar, jangan berbohong dengan perwakilan PPN ke NAFAS yang hampir semua berusia lebih 60 Tahun.
“Kenapa mesti menyusahkan kami dalam perkara ini. Saya sudah lama juga menjadi ahli dan pemegang saham dalam PP dan ramai juga kenal pegawai LPP yang dipinjamkan bertugas di PPN Sabah sebagai Pengurus Besar. Inilah seorang Pegawai LPP yang paling teruk dan sanggup membodohkan kami ahli perwakilan ke MAT Nafas dan sanggup berbohong untuk lepas tangan menguruskan penghantaran perwakilan ke Kuala Lumpur dan langsung tidak pandai memikirkan kebajikan kami seperti arahan dalam suratnya”.
“Difahamkan Catherina akan ditukarkan sebagai Timbalan Pengarah LPP Sabah (maklumat dari AJP PPK Putatan yang dimaklumkan oleh pegawai LPP pagi tadi) Ramai Pengurus Besar PPK meminta bantuan Pemimpin Peladang yang juga pemegang saham membuat bantahan supaya Catherina tidak dilantik sebagai Timbalan Pengarah.
“Tetapi kami berangapan biarlah dia dilantik Timbalan Pengarah atau Pengarah LPP Sabah supaya semua dapat merasakan seorang pegawai yang sangat teruk berkhidmat dengan mereka.
“Pemimpin peladang sudah rasa cara dia berkhidmat yang tidak pandai menghargai orang lain dan selepas ini biarlah pegawai-pegawai di semua peringkat LPP Sabah merasa apa yang telah dia buat kepada kami ahli Peladang (pemegang saham PP)”, tegasnya.
MAT Nafas kali yang ke 46 bagi Tahun 2019 akan diadakan pada 25 Februari 2020 di Hotel Tenera Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Tarikh perjalanan perwakilan Sabah yang diperakui oleh Pengurus Besar PPN Sabah ialah pada 24 Februari, 2020 (perjalanan pergi) dan 25 Februari, 2020 (perjalanan balik).
Jaimin yang juga perwakilan PPN ke MAT Nafas berkata, Catherina dan PPN sepatutnya tidak melepas tangan kepada PPK dalam urusan tiket dan perjalanan perwakilan Sabah ke MAT tersebut.
Katanya, ini kerana urusan tersebut pada tahun-tahun sebelumnya telah diatur oleh PPN Sabah dan bukan PPK.
Menurutnya, PPK di Sabah tidak mempunyai kewangan yang kukuh bagi membiayai kos perjalanan perwakilan Sabah.
“Tambahan pula MAT PPN telah meluluskan peruntukan bagi tujuan tersebut”.
“Justeru saya berasa pelik kenapa Catherina memberi alasan yang tidak masuk akal untuk tidak mahu mengurus tiket penerbangan dan perjalanan perwakilan PPN Sabah”.
“Kenapa dia harus berbohong sedangkan urusan perjalanan perwakilan Sabah merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakannya dan PPN Sabah”, tegasnya.
Jaimin berkata, PPN Sabah sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya bagi membiayai perbelanjaan tambang dan tambahan sehari penginapan para perwakilan PPN Sabah.
Katanya ini disebabkan perwakilan PPN Sabah dari kawasan yang jauh seperti Pitas, Keningau, Tenom, Nabawan, Tongot dan lain-lain perlu awal sehari berada di Kota Kinabalu sebelum berangkat ke Kuala Lumpur pada 24 Februari 2020.
“Begitu juga tambahan sehari penginapan selepas selesai MAT NAFAS pada 25 Februari 2020. Sekiranya mereka balik ke Sabah pada hari yang sama, sudah tentu tidak sempat balik ke kawasan masing-masing kerana mereka akan tiba pada lewat malam atau pada subuh hari berikutnya.
“Dalam keadaan demikian, perwakilan Sabah terpaksa menanggung sendiri kos penginapan sehari di Kota Kinabalu sebelum berangkat ke Kuala Lumpur dan sehari lagi sekembali dari MAT Nafas pada 25 Februari 2020”, tambahnya.
Serentak itu Jaimin menggesa Pengarah LPP Sabah, Puan Anita Haji Misuari yang juga selaku Wakil Pendaftar PP campur tangan dalam urusan perjalanan perwakilan PPN Sabah jika PPN Sabah gagal menghantar perwakilan ke MAT Nafas maka Pengarah LPP Sabah akan di persalahkan.-pr/BNN