KOTA KINABALU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan 2 lagi kes COVID-19 yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang ke rumah.

Dua kes tersebut adalah kes ke-17, merupakan seorang wanita tempatan berumur 65 tahun dan merupakan kontak rapat kepada kes ke-9.

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Dr.Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata, wanita itu sebelum ini dirawat di Hospital Sungai Buloh setelah disahkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2020.

Sementara Kes ke-18, merupakan seorang lelaki tempatan berumur 31
tahun yang bekerja di Macau, China. Beliau sebelum ini dirawat di Hospital Sungai Buloh setelah disahkan positif
COVID-19 pada 9 Februari 2020.

Sehubungan itu katanya, jumlah kes yang telah pulih sepenuhnya dan discaj
sehingga hari ini ialah sebanyak 15 kes.

“KKM juga ingin memaklumkan bahawa TIADA kes baru dilaporkan pada hari ini (19 Februari 2020).

“Jumlah kumulatif kes COVID-19 yang dilaporkan sehingga hari ini kekal sebanyak 22 kes dengan hanya tujuh (7) kes masih dirawat di wad”, tambahnya.-pr/BNN

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Dr.Dzulkefly Ahmad