KOTA KINABALU: Kerajaan Warisan yang terbentuk pada hari ini adalah hasil daripada kerajaan pintu belakang, kata Pengarah Komunikasi UMNO Sabah, Encik Ghazalie Ansing.

Katanya, semua rakyat Malaysia mengetahuinya iaitu Warisan telah “membeli” Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) untuk menyertai mereka.

Beliau berkata, pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas, BN Sabah merupakan kerajaan yang sah yang telah membetuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

“Kerajaan Warisan merupakan Kerajaan Pintu Belakang yang sebenarnya (“THE REAL BACK DOOR GOVERNMENT and
no one can denied it” ) dan tiada sesiapa dapat menafikannya.

“Justeru kenyataan Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis jamman bahawa UMNO jangan mimpin bentuk kerajaan pintu belelang di Sabah, ibarat meludah ke langit”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ghazalie mengulas kenyataan Mohd.Azis yang mendakwa UMNO yang telah kalah dalam PRU 2018, masih menyimpan hajat besar untuk membentuk kerajaan pintu belakang di Sabah melalui usaha membeli wakil rakyat agar berpaling tadah.

Azis berkata, Warisan amat menyedari tingkah laku para pemimpin UMNO yang kini membeli wakil rakyat agar parti itu dapat membentuk sebuah kerajaan yang tidak demokratik.

Ghazalie berkata, nafsu serakah Warisan yang terlalu inginkan kuasa pada hari ini telah menyebabkan negeri Sabah berada di dalam keadaan yang terumbang ambing dan tiada hala tuju.

“Manakan tidak berhala tuju kalau kapal yang dinaikinya merupakan kapal buruk dan layarnya koyak rabak menanti karam.

“Itu hakikat pada hari ini, rakyat Sabah semakin dihimpit dengan kesengsaraan tanpa sebarang pembelaan. Kita dapat lihat dari aspek bantuan rakyat hinggalah kepada pembangunan negeri”, tegasnya.

Beliau berkata, Mohd.Azis dan timbalannya, Mohd Ismail Ayub harus sedar apa yg disuarakan oleh Ketua UMNO Sabah dan Ketua Pemuda UMNO Negeri adalah satu kemungkinan, dan kemungkinan itu di dorong oleh kelemahan dan ketidak bijaksanaan Ketua Menteri Sabah dan semua pemimpin Warisan dalam mentadbir negeri pada hari ini.

“Kononnya berkonsepkan “Sabah for Sabahan”, tetapi apa yang berlaku, “Sabah for My Crony””, dakwanya.

Ghazalie juga mempersoalkan ke mana semua bantuan yang telah di umumkan? Hanya angka penerima diterbitkan, tetapi sumbangannya entah ke mana?

“Begitu juga dengan pembagunan negeri Sabah, hanya umum sahaja, buatnya entah ke mana. Tidak hairanlah jika rakyat Sabah menggelar Pemimpin Warisan sebagai “Pemimpin Pengumuman”, tegasnya.

Menurutnya, sepanjang dua tahun Warisan memerintah Sabah, tiada pembangunan yang telah dilakukan, malahan rakyat bertambah susah, manakala peniaga semakin mengeluh.

“Adakah ini satu petanda baik untuk Sabah dan rakyatnya?”, soalnya.

“Khabarnya Wakil-Wakil Rakyat Warisan utuh di belakang pemimpinnya. Betul ke utuh? Kalau tidak manakan pokok bergoyang kalau tiada yang goyang”, tegasnya.

Ghazalie berkata, tiada siapa pun dapat menafikan kepesatan dan pembangunan negeri Sabah yang telah dibina oleh Kerajaan BN.

Menurutnya, BN telah membela semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan suku kaum, tidak seperti Warisan pada hari ini?

Katanya, apa yang telah dikatakan oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin adalah benar, mengenai lompat dan lompatan Wakil Rakyat.

“Jika tiada yang lompat dan melompat, sudah tentu Warisan pun tidak membentuk kerajaan pintu belakang pada hari ini.

“Adakah Mohd.Azis sudah panik? Jangan takut jika Wakil Rakyat Warisan melompat, kerana kamu yang ajar”, tegasnya.

Katanya, rakyat Sabah pada hari sangat terseksa di bawah kerajaan Warisan. Seluruh pelusuk rakyat merasakan perkara ini, kecuali mereka yang taksub dengan Warisan yang menanti belah.

“Saya nasihatkan Aziz dan Ismail agar melihat cermin terlebih dahulu, sebelum membuat kenyataan.Jangan cuba kencing ke langit kerana akhirnya terkena muka sendiri.

“Cukup lah kamu kencing rakyat, rakyat Sabah tidak akan membenarkan mereka ditipu dan di kencing untuk kali kedua. “Enough is enough””, tambah.- Pr/BNN