KOTA KINABALU: Satu gabungan yang dibentuk bersama Ahli Undangan Negeri Sabah (ADUN) dari pelbagai parti cukup untuk membentuk kerajaan baharu.
Musa (tengah) dengan penyokong penyokong nya
Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman bekas Ketua Menteri Sabah berkata Tuan Yang Terutama telah pun dimaklumkan mengenai  gabungan baharu ini yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri  YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Tuan Yang Terutama telah meminta saya mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka.  Saya telah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka  menyokong gabungan baharu yang saya ketuai.”
” Melangkah ke hadapan, kerajaan gabungan baharu akan berusaha memperbaiki dan menghasilkan dasar yang lebih baik untuk membawa Sabah keluar dari keadaan ekonomi yang getir pada saat ini akibat kelemahan Kerajaan Parti Warisan termasuk dalam mengatasi penularan wabak Covid19.”
“Bersama dengan bantuan kerajaan Persekutuan, saya percaya kita bersama-sama dapat mengatasi cabaran yang berlaku, melonjakkan ekonomi, mewujudkan peluang peluang pekerjaan dan meningkatkan kehidupan masyarakat.”
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang secara konsisten mempercayai dan menyokong saya. Saya tidak mengharapkan apa-apa kecuali komitmen dan dedikasi sepenuhnya dari semua wakil rakyat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.”-pr/BNN
Musa (tengah) bersama ADUN-ADUN yang menyokongnya