KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee menyifatkan tempoh panjang selama 39 hari antara pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan hari penamaan calon sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Sabah, dan berpotensi memberi kesan negatif kepada ekonomi negeri.
Menurut Yong, tempoh keseluruhan 53 hari dari pembubaran DUN hingga hari pengundian hampir mencapai had...
KOTA KINABALU: Mastery of the national language has always been a priority of the government because it plays an important role in uniting the people and shaping the identity of the Malaysian nation.
Hence, the State Government will continue to work closely with the Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) to promote the national language in Sabah, said Chief Minister Datuk...
KOTA KINABALU: Penguasaan bahasa kebangsaan sentiasa menjadi perkara yang diberi keutamaan oleh kerajaan kerana ia memainkan peranan penting dalam menyatukan rakyat serta membentuk jati diri bangsa Malaysia.
Justeru, Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam mempromosi bahasa kebangsaan di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji haji Noor.
Ketua Menteri berkata ini termasuk...
KOTA KINABALU : Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil, hari ini meninjau pelaksanaan sistem BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di Stesen Minyak Petronas Lintas Kepayan.
Tinjauan ini bagi menilai kestabilan sambungan Internet yang menjadi tunjang kepada sistem BUDI95, di samping mengumpul maklum balas secara langsung daripada pengusaha stesen minyak dan pengguna mengenai pengalaman mereka menggunakan sistem tersebut.
Kerajaan menetapkan harga RON95 pada...
BANDAU: Pengumuman keputusan dan pendirian Ketua Bahagian, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Bandau, Ardino Diris, untuk terus menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, bukan keputusan individu, sebaliknya hasil muafakat akar umbi parti di kawasan itu.
Ketua Penerangan STAR Bahagian Bandau, Felix Kain, menegaskan keputusan tersebut dibuat berdasarkan perbincangan dan...
KENINGAU: Walaupun tidak lagi bergelar wakil rakyat, semangat khidmat Datuk Annuar Ayub Aman di DUN Liawan terus hidup dan terserlah melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan, pendidikan dan sukan yang dilaksanakan tanpa menunggu panggilan kuasa.
Dalam tempoh minggu ini, Annuar melalui wakilnya di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan terus mendekati rakyat dengan sumbangan kecil namun bermakna.
Antaranya, sumbangan kewangan kepada Kampung...
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus komited menyokong peluasan jenama tempatan dari Sabah dan Sarawak ke seluruh negara sebagai usaha memperkasa usahawan dan ekosistem francais tempatan.
Menterinya, Datuk Ewon Benedick, berkata kerjasama antara SugarBun dan Sedaplycious Sdn. Bhd. merupakan contoh kejayaan jenama tempatan Borneo yang berjaya menembusi pasaran Semenanjung Malaysia serta membuka peluang baharu kepada usahawan tempatan.
“Majlis...
TAWAU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju pendidikan inklusif melalui penganjuran Program Lonjakan Motivasi Pendidikan Luar Bandar (PRO MUDA) di SMK Wallace Bay, baru-baru ini.
Selama tiga hari, program itu menghimpunkan warga kampus bersama pelajar luar bandar dalam usaha memupuk keyakinan, semangat dan potensi anak muda Sabah.
Ia melibatkan kerjasama Pusat Alumni UMS, Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar...
CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut dalam insiden tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.
MCMC menggesa semua pihak agar bertindak dengan penuh tanggungjawab dan tidak berkongsi, menghantar semula atau memuat naik sebarang kandungan, termasuk gambar atau video, yang memaparkan mangsa, pelajar lain, atau lokasi kejadian.
Sekiranya...
KENINGAU: Walau tidak lagi bergelar wakil rakyat, Datuk Annuar Ayub Aman terus menunjukkan keprihatinan terhadap golongan muda di Liawan melalui sumbangan ikhlas bagi menyokong aktiviti sukan belia luar bandar.
Mewakili beliau, Pemaju Mukim Lingkudau, Noritah Melvina Dungkian, menyampaikan sumbangan kepada belia Kampung Bakiau dan Kampung Kadalakan di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan.
Sumbangan itu bertujuan membantu pembelian pakaian sukan...









