TAMBUNAN: Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Tambunan yang musnah dalam kebakaran pada 12 Oktober lalu menerima sumbangan berjumlah RM260,000 daripada Kerajaan Negeri, Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Sumbangan RM200,000 daripada Kerajaan Negeri adalah untuk pembelian kerusi, meja dan kelengkapan sekolah, RM50,000 daripada YKS serta RM10,000 daripada MUIS.
Sumbangan itu diserahkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima...
SIPITANG: Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Sindumin menegaskan pendirian bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N35 Sindumin mesti kekal ditandingi oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 akan datang.
Setiausaha PGRS Bahagian Sindumin, Alfred Bin Daniel @ Stanley, berkata keputusan itu dibuat sebulat suara dalam mesyuarat bahagian itu semalam melibatkan pemimpin, ahli jawatankuasa serta mendapat sokongan...
KENINGAU: TEKUN Nasional agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan pembiayaan sebanyak RM109 juta kepada 4,675 usahawan TEKUN di seluruh Sabah dalam tempoh Januari hingga September tahun ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu, Parlimen Keningau menerima sebanyak RM8.6 juta pembiayaan untuk 444 usahawan TEKUN bagi tempoh yang sama.
Beliau berkata, jumlah...
KENINGAU: Warisan gotong-royong yang menjadi nadi perpaduan masyarakat desa terus subur di Kampung Sandapak apabila penduduk kampung itu sepakat mengadakan aktiviti pembersihan tanah perkuburan Islam dan Kristian pada Jumaat ini, 17 Oktober 2025, bermula jam 7.30 pagi.
Program komuniti itu digerakkan oleh Ketua Kampung Sandapak, KK Ambrus Enggu Ungkiu Singgon, dengan kerjasama Kelab Kebajikan Tanah Perkuburan Masyarakat Sandapak (KTPMS) yang...
KENINGAU : Dalam dunia politik yang sering digegarkan dengan suara lantang dan persaingan kuasa, gaya kepimpinan Datuk Annuar Ayub Aman di Liawan tampil berbeza — tenang, bersahaja dan penuh jiwa kemanusiaan.
Menghayati falsafah, “Leadership is based on inspiration, not domination — on cooperation, not intimidation,” Annuar menjadikan inspirasi, bukan dominasi, sebagai landasan setiap langkahnya. Kepimpinan beliau berakar daripada nilai kerjasama...
KENINGAU: Pusat Daerah Mengundi (PDM) STAR Keningau Station dengan tegas menolak sebarang andaian bahawa keputusan mereka kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, dibuat secara peribadi atau individu.
Sebaliknya, keputusan itu dibuat secara kolektif melalui Mesyuarat Khas PDM yang dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa serta semua sayap parti — Wiramuda,...
KOTA KINABALU: Rakyat Sabah diingatkan agar tidak mengulangi kesilapan politik lalu dengan menukar kerajaan yang terbukti membawa kestabilan dan kemajuan kepada negeri ini di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Mantan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Aksyah Haji Nasrah berkata, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, muncul banyak pihak yang “kemaruk kuasa” dan...
KENINGAU: Pusat Daerah Mengundi (PDM) Liau bersama empat sayap Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) — Wiramuda, Wiranita, Wiramaja dan Wiramas — sebulat suara berikrar untuk terus kekal bersama Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Ketua PDM Liau, Harry Gitik, bersama barisan kepimpinan keempat-empat sayap berkenaan, sekali gus memperkukuh sokongan akar umbi terhadap...
KENINGAU: Pemimpin berjiwa rakyat bukan hanya hadir ketika kesusahan, tetapi turut berkongsi kegembiraan bersama masyarakat. Begitulah yang dizahirkan oleh penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, apabila beliau meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan pasangan Nur Afifah Radiyah dan Ahmad di Kampung Bariawa Ulu, di sini semalam.
Dalam suasana penuh ceria dan mesra rakyat, Annuar menyampaikan ucapan...
BM
Kejohanan Taekwondo Piala Rafie Robert 2025 Bakal Lahirkan Generasi Pelapis Baharu
BNN JOURNALIST -
KENINGAU: Kejohanan Taekwondo Piala Rafie Robert 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh semangat juang, disiplin tinggi dan nilai kesukanan yang membanggakan apabila lebih 350 peserta dari seluruh Sabah dan Sarawak berentap dalam pertandingan yang berlangsung di Dewan SMK Gunsanad 2, di sini, semalam.
Majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau, Rafie Robert merangkap penaung kejohanan, yang turut...









