KENINGAU: Di sebalik cabaran hidup yang menghimpit segelintir rakyat, kehadiran pemimpin yang turun padang membawa sinar baharu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan di kawasan ini, semalam.
Program yang turut disertai Wiranita STAR N.41 itu disemarakkan lagi dengan kehadiran isteri beliau, YM Datin Tengku Adlina Marita Tengku Adlin,...
KENINGAU: Nilai kemanusiaan dan keprihatinan seorang pemimpin terserlah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, meluangkan masa menziarahi balu Allahyarham Masdeh Rosmin di Kampung Tudan Baru, dekat sini, kelmarin.
Dalam kunjungan itu, Annuar yang ditemani isteri, YM Datin Tengku Adlina Marita Tengku Adlin, bersama staf Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan, menyampaikan ucapan takziah dan...
KOTA KINABALU: Cadangan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk melaksanakan pendidikan percuma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik Kerajaan Negeri serta subsidi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disifatkan sebagai langkah bijak dan berpandangan jauh demi masa depan rakyat Sabah.
Mantan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Aksyah Haji Nasrah berkata, inisiatif tersebut menggambarkan...
BINGKOR: Sekretariat Bingkor Membangun Bersama Rakyat (BMBR) bakal menganjurkan dua program utama bermula September hingga November ini, iaitu Karnival Sukan BMBR 2025 dan Jelajah Sinar Kasih BMBR.
Ketua Sekretariat BMBR, Encik Garrett Patrick, berkata kedua-dua program tersebut dirangka dengan objektif berbeza namun tetap selari dengan matlamat Hala Tuju BMBR 2.0 yang menekankan aspek pembangunan komuniti secara menyeluruh.
Menurutnya, karnival itu akan...
KENINGAU: Warisan budaya etnik Keningau terus diperkasa apabila Persatuan Kebudayaan Keningau (KenCA) dengan kerjasama Persatuan Gana Sabah, Persatuan Dusun Kujau Sabah, Pertubuhan Etnik Murut Nabai Sabah serta Persatuan Kebudayaan Dusun BunduLiwan Keningau bakal menganjurkan Program Pemerkasaan Budaya Etnik Keningau 2025.
Program yang turut mendapat sokongan Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau (KeTCA) pimpinan Encik Rafie Robert itu dijadual berlangsung dari Oktober...
KENINGAU: “Suara rakyat, harapan rakyat, masa depan rakyat” – itulah tekad Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam membawa negeri ini ke arah lebih maju dan sejahtera.
Di Bingkor, semangat itu dizahirkan menerusi kepimpinan Datuk Robert Tawik Mansai yang sentiasa dekat dengan denyut nadi masyarakat.
Di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, GRS menekankan dasar pembangunan berfokuskan kesejahteraan...
KENINGAU : Selepas enam hari berdepan ketiadaan bekalan air bersih, penduduk Kampung Dangulad akhirnya menarik nafas lega apabila menerima bantuan segera daripada Timbalan Penyelaras STAR P.180 Keningau, Dato’ Mohd Ishak Datuk Ayub.
Pada 21 September lalu, beliau menyalurkan sebanyak 250 karton air mineral sejurus menerima laporan mengenai kesukaran yang dihadapi penduduk kampung berkenaan.
Tindakan pantas itu sekali gus meredakan keresahan masyarakat...
KENINGAU: Timbalan Penyelaras Parlimen P.180 Keningau, Dato’ Mohd Ishak Datuk Ayub, terus mendekati masyarakat apabila menghadiri majlis ramah mesra bersama jemaat Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Bunga Raya di sini, kelmarin.
Dalam kunjungan itu, beliau yang mewakili Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, turut menyerahkan sumbangan pemasangan pendingin hawa (aircond) bagi meningkatkan keselesaan jemaat ketika beribadat...
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menegaskan Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penuh dalam menentukan kemasukan individu ke negeri ini, termasuk isu yang dibangkitkan oleh Albert Tei.
“Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan siapa yang boleh masuk ke Sabah atau tidak.
"Tetapi tindakan hanya diambil setelah menerima laporan dan maklumat lengkap daripada pihak keselamatan,” katanya kepada...
KOTA KINABALU: Generasi muda hari ini mesti dipersiapkan dengan didikan bermoral berlandaskan integriti kerana mereka adalah pemimpin yang bakal menentukan masa depan negara, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Menurutnya, nilai-nilai murni seperti kejujuran, amanah dan tanggungjawab perlu dibentuk seawal usia di rumah, kemudian diperkukuh di sekolah serta diamalkan dalam kehidupan seharian.
“Program Kedai Jujur adalah platform...









