31.7 C
Kota Kinabalu, MY
Thursday, 21 May 2026
Home Blog Page 113
BINGKOR: Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, suasana politik di pedalaman semakin hangat. Namun, di Bingkor, sebuah pesan sederhana daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sandapak, Rayner Adrian Eswar Munting, menjadi penyejuk suasana. Rayner yang juga pengasas dan pentadbir kumpulan WhatsApp Bingkor Info/Iklan dengan 523 ahli itu mengingatkan masyarakat supaya mengekalkan keharmonian meskipun berbeza pandangan politik. “Kita semua ada...
KENINGAU: Pembangunan bukan sekadar terletak pada batu dan simen, tetapi pada kasih dan kepedulian yang diterjemahkan untuk rakyat. Semangat itu dizahirkan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, menyempurnakan Majlis Penyerahan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) serta Perasmian Dewan Kampung Limbawan, di sini, semalam. Majlis penuh bermakna itu membuktikan komitmen kerajaan negeri melalui Sabah Credit Corporation...
KENINGAU: Timbalan Presiden Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Etnik Kujau Gana Nabai Sabah (KGNS), Haji Yazid Hasnan Tawik @ Charles, mengecam keras tindakan penganjur program politik Parti Warisan di Sin On, Tawau, Sabtu lalu, yang didakwa menayangkan montaj berunsur penghinaan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah. Beliau merujuk kepada paparan montaj yang kini tular di media sosial, dipercayai...
KENINGAU: “Kita bukan mencari Yang Berhormat, tetapi kita mencari yang berkhidmat.” Itulah luahan tulus Puan Siti Sarmilahwati Juhasin, penduduk Kampung Skim Pamalan, ketika menerima kunci Rumah Mesra SMJ — inisiatif kerajaan negeri yang diperkenalkan di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Dengan suara bergetar dan mata berkaca, beliau menyifatkan peluang memiliki rumah sendiri itu sebagai satu...
KENINGAU: Program Health Awareness Week atau Minggu Kesedaran Kesihatan bakal berlangsung di daerah ini bermula 6 hingga 11 Oktober dengan pengisian berbentuk maya dan bersemuka, khusus untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap aspek kesihatan. Dengan tema “Kesihatan Milik Semua”, program itu dianjurkan bersama sekumpulan doktor dan pakar kesihatan tempatan, antaranya Dr. Oliver Dean John Gitang, Dr. Kebrain Kaliun, Dr. Mark...
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukanlah gabungan politik yang dibina atas janji kosong, sebaliknya atas iltizam politik yang kuat untuk memulihkan Sabah daripada kemelut politik, ekonomi dan sosial. Mantan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Aksyah Haji Nasrah berkata, setelah melihat siri jelajah ceramah pembangkang, jelas masih menggunakan pendekatan lama dengan menabur janji, sedangkan banyak janji semasa mereka...
KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, menzahirkan komitmen kepedulian terhadap masyarakat dengan menyampaikan sumbangan kepada Kerasulan Belia Katolik (KBK) Katedral Saint Francis Xavier (KSFX) Keningau. Sumbangan itu adalah sempena penganjuran Tamu Solidariti KSFX 2025 yang dijadual berlangsung di Dataran Dewan Kekitaan Rumah Retreat Keuskupan Keningau Tatal (RRKKT). Penyerahan disampaikan oleh Penyelia Masyarakat Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan...
KENINGAU: Program Jelajah Sinar Kasih anjuran Sekretariat Bingkor Membangun Bersama Rakyat (BMBR) melabuhkan tirainya dengan penuh kejayaan apabila mendapat sambutan hangat masyarakat setempat di Kampung Binaong, semalam. Majlis berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Keningau, Rafie Robert, yang mewakili Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin. Turut hadir, Ketua Sekretariat...
KENINGAU: Kelab Belia Keningau menyambut baik pengumuman penambahan 10 kuota khas Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diperuntukkan kepada golongan belia di seluruh negeri. Pengerusinya, Encik Syafiee Haji Ludi, berkata langkah kerajaan negeri itu merupakan inisiatif tepat pada masanya dan sangat bermakna bagi membantu belia memiliki kediaman sendiri, khususnya mereka yang...
KENINGAU: Suasana meriah dan penuh keceriaan mewarnai Padang Kg. Binaong apabila Sekretariat Bingkor Membangun Bersama Rakyat (BMBR) menganjurkan Karnival Sukaneka Ibu & Anak BMBR sempena BMBR Sports Carnival 2025, pagi tadi. Acara yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari itu dianjurkan dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Baginda, Ketua...