KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Lamag, Johainizamshah Haji Johari, menempelak kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman, yang disifatkan sebagai cubaan menabur fitnah dan mengelirukan rakyat.
Beliau menegaskan, penularan video yang dikaitkan dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan bersama beberapa pemimpin kanan STAR, hanyalah taktik kotor...
KENINGAU: Kehadiran seorang pemimpin bersama keluarga memberi makna tersendiri apabila sokongan tulus mereka mampu meniup semangat juang atlet muda yang bakal membawa nama sekolah ke pentas kebangsaan.
Detik penuh penghargaan itu terserlah apabila Timbalan Penyelaras Parlimen P.180 Keningau, Dato’ Mohd Ishak Datuk Ayub, menyampaikan sumbangan kepada kontinjen gimrama SJKC Yuk Yin yang akan beraksi di 1st Progressive FIG Championships di...
KENINGAU: Prihatin terhadap kebajikan pelajar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Robert Tawik @ Nordin, menyalurkan sumbangan kewangan kepada seorang pelajar baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS), Adik Anddy Edmund.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Bingkor, Maileh Lajiwat, yang mewakili Robert. Ia bertujuan membantu meringankan sebahagian keperluan...
KENINGAU: Prihatin terhadap keperluan masyarakat luar bandar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk Robert Tawik @ Nordin, menyalurkan sumbangan dua unit pembetung (culvert) bagi membina laluan masuk ke kawasan tanah perkuburan di Kampung Tonobon Baru, Kampung Bunga Raya dan Kampung Kodop Baru.
Penyediaan laluan berkenaan dianggap penting bagi memudahkan urusan masyarakat kampung termasuk...
KOTA KINABALU: Mantan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Aksyah Haji Nasrah, menyifatkan tindakan berterusan ahli perniagaan, Albert Tei, menyerang pimpinan negeri sebagai langkah terdesak seorang “kaki putar alam” yang sudah hilang kredibiliti.
Beliau berkata, meskipun Albert Tei sedang berdepan kes di mahkamah selepas dihalang memasuki Sabah, individu itu masih tidak berhenti menimbulkan isu baharu termasuk menuduh Timbalan Ketua...
KENINGAU: Pepatah Cina ada menyebut, “蛇鼠一窝” — ular dan tikus dalam satu sarang — menggambarkan pihak yang sanggup berpakat demi kepentingan sendiri walaupun sama-sama membawa mudarat. Ungkapan itu kini seakan mencerminkan wajah pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan yang berpura-pura sehaluan walaupun hakikatnya rapuh dan penuh curiga.
Sebaliknya, rakyat Liawan semakin jelas menilai perbezaan antara janji kosong dengan kerja...
KENINGAU: Program santai “Mirumo-Rumo” yang bermaksud berjumpa sambil santai dalam bahasa Dusun, semalam berjaya mengeratkan hubungan antara pemimpin dan komuniti Cina di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mottou, sekali gus memperkukuh semangat perpaduan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan.
Program yang dipimpin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman bersama isterinya, YM Tengku Adlina Marita Tengku Adlin...
KENINGAU: Keprihatinan terhadap nasib rakyat terus dizahirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri, Datuk Robert Tawik @ Nordin, apabila menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada seorang penduduk yang sedang sakit di Taman Lee Yu Ming, baru-baru ini.
Sumbangan itu disampaikan bagi pihak beliau oleh Ketua Masyarakat Cina (KMC) DUN Bingkor, Kapitan Yong Wing On, bersama...
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menepis keras dakwaan UMNO Sabah yang melabel Kerajaan Negeri sebagai “pengkhianat terbesar kepada rakyat” susulan penyebaran video perbualan antara Albert Tei bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey Kitingan.
Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Encik Barhul Sahibu, menyifatkan tuduhan Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir...
KOTA KINABALU: The Sabah State Government has announced a RM5 million allocation to establish a Unified Examination Certificate (UEC) Scholarship Fund, providing special financial support for UEC holders pursuing further studies.
The announcement follows Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor’s recent declaration on 22 September recognising the UEC and introducing a dedicated scholarship scheme.
Minister of Industrial Development and Entrepreneurship, who...









