28 C
Kota Kinabalu, MY
Thursday, 21 May 2026
Home Blog Page 123
KENINGAU: Program Outreach Ziarah Prihatin yang digerakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman bersama Gerak Kerja UPPM N.41 Liawan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Bahagian Keningau, memberi sinar baharu kepada penduduk yang berdepan kesusahan di Kampung Bariawa Ulu (Mukim Kali) dan Kampung Purakogis (Mukim Luagan). Dalam program berkenaan, empat penerima diraikan, iaitu Musidin Samir, Muzaviah...
KENINGAU: Keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, sekali lagi dizahirkan melalui siri penyerahan sumbangan pendidikan dan kebajikan kepada penduduk di kawasan ini, sebagai dorongan dan sokongan moral untuk mereka terus melangkah ke hadapan. Dalam inisiatif terbaru, Annuar menyampaikan bantuan kepada dua beradik, Nazatul Fazila Saparuddin dan Nazatul Fadila Saparuddin, menerusi Pemaju Masyarakat, Hairul Ahmad Syam,...
KENINGAU: Kehadiran Timbalan Penyelaras STARSABAH Parlimen Keningau, Dato’ Mohd Ishak Datuk Ayub, bersama Geng Gelan Star dari Kampung Kota Ayangan pada majlis makan malam di Mee Woo Resort, baru-baru ini, melambangkan jiwa kepimpinan yang dekat dengan rakyat. Majlis itu bukan sahaja merapatkan hubungan silaturahim, malah menjadi ruang beliau menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi hanyut di Sungai Apin-Apin baru-baru ini. Dalam...
KOTA KINABALU: Keputusan Kerajaan Negeri menghalang individu bernama Albert Tei memasuki Sabah baru-baru ini merupakan langkah tepat, sekali gus menunjukkan ketegasan mempertahankan bidang kuasa negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Mantan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Aksyah Haji Nasrah menegaskan, tindakan sedemikian bukanlah perkara baharu kerana sebelum era pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji...
KENINGAU: Di sebalik cabaran hidup yang menghimpit segelintir rakyat, kehadiran pemimpin yang turun padang membawa sinar baharu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan di kawasan ini, semalam. Program yang turut disertai Wiranita STAR N.41 itu disemarakkan lagi dengan kehadiran isteri beliau, YM Datin Tengku Adlina Marita Tengku Adlin,...
KENINGAU: Nilai kemanusiaan dan keprihatinan seorang pemimpin terserlah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, meluangkan masa menziarahi balu Allahyarham Masdeh Rosmin di Kampung Tudan Baru, dekat sini, kelmarin. Dalam kunjungan itu, Annuar yang ditemani isteri, YM Datin Tengku Adlina Marita Tengku Adlin, bersama staf Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan, menyampaikan ucapan takziah dan...
KOTA KINABALU: Cadangan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk melaksanakan pendidikan percuma di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) milik Kerajaan Negeri serta subsidi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disifatkan sebagai langkah bijak dan berpandangan jauh demi masa depan rakyat Sabah. Mantan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Aksyah Haji Nasrah berkata, inisiatif tersebut menggambarkan...
BINGKOR: Sekretariat Bingkor Membangun Bersama Rakyat (BMBR) bakal menganjurkan dua program utama bermula September hingga November ini, iaitu Karnival Sukan BMBR 2025 dan Jelajah Sinar Kasih BMBR. Ketua Sekretariat BMBR, Encik Garrett Patrick, berkata kedua-dua program tersebut dirangka dengan objektif berbeza namun tetap selari dengan matlamat Hala Tuju BMBR 2.0 yang menekankan aspek pembangunan komuniti secara menyeluruh. Menurutnya, karnival itu akan...
KENINGAU: Warisan budaya etnik Keningau terus diperkasa apabila Persatuan Kebudayaan Keningau (KenCA) dengan kerjasama Persatuan Gana Sabah, Persatuan Dusun Kujau Sabah, Pertubuhan Etnik Murut Nabai Sabah serta Persatuan Kebudayaan Dusun BunduLiwan Keningau bakal menganjurkan Program Pemerkasaan Budaya Etnik Keningau 2025. Program yang turut mendapat sokongan Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau (KeTCA) pimpinan Encik Rafie Robert itu dijadual berlangsung dari Oktober...
KENINGAU: “Suara rakyat, harapan rakyat, masa depan rakyat” – itulah tekad Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam membawa negeri ini ke arah lebih maju dan sejahtera. Di Bingkor, semangat itu dizahirkan menerusi kepimpinan Datuk Robert Tawik Mansai yang sentiasa dekat dengan denyut nadi masyarakat. Di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, GRS menekankan dasar pembangunan berfokuskan kesejahteraan...