KENINGAU: Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang semakin hampir, gelanggang politik Bingkor kembali hangat apabila tular gambar usahawan, Jakol Wong Langkab, bersama Ahli Parlimen Tuaran yang juga Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Rakaman foto itu mencetus tanda tanya dalam kalangan pemerhati politik dan masyarakat setempat — adakah ia sekadar pertemuan biasa...
KENINGAU: Mini Bazaar Komuniti Belia Katolik (KBK) Gereja Bonda Maria Ratu Lourdes (GBMRL) Komuniti Umat Katolik (KUK) Agudon berlangsung meriah dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, yang turut sama memeriahkan program berkenaan.
Annuar berkata, penganjuran mini bazaar bukan sahaja membuka ruang keusahawanan kepada masyarakat setempat, malah menjadi jambatan penting dalam memperkukuh silaturahim sesama komuniti.
“Saya...
KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang menghadiri majlis perkahwinan pasangan mempelai, Remmey dan Scholastica, yang berlangsung di Kampung Bariawa Laut.
Majlis yang meriah itu bukan sahaja menyatukan dua insan dalam ikatan perkahwinan, malah turut menjadi kesempatan istimewa buat Annuar bertemu rakan lama serta berkongsi cerita dan kenangan.
“Memang satu hari yang...
KENINGAU: Kesihatan rakyat menjadi agenda utama apabila Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan merasmikan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) di Dewan Terbuka Pisompuruan, Kampung Merapong, baru-baru ini.
Program berkenaan menyatukan pimpinan kerajaan, ketua jabatan Persekutuan dan Negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ketua kampung, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung...
KENINGAU: Suasana di Bandukan Eko-Park bertambah meriah apabila Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak berjaya menarik penyertaan ramai sempena sambutan Hari Malaysia.
Acara yang dianjurkan Bandukan Eko-Park dengan kerjasama Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau (KeTCA) itu merupakan sebahagian daripada siri Malaysia Day Activity with Community Based Tourism (CoBT) yang memberi peluang kepada generasi muda menonjolkan kreativiti mereka.
Pertandingan berkenaan mendapat sambutan hangat daripada ibu...
KENINGAU: Kejohanan Sepak Takraw Piala BMBR 2025 berlangsung penuh meriah di Gelanggang Sukan Kampung Lambanga sempena penganjuran Karnival Sukan BMBR, sekali gus menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan belia dan masyarakat setempat.
Kejohanan anjuran Sekretariat BMBR dengan kerjasama Pengerusi JKKK Kampung Lambanga itu menghimpunkan lapan pasukan dari kawasan N.40 Bingkor dalam saingan tertutup yang mencerminkan nilai perpaduan dan kebersamaan komuniti.
Inisiatif penganjuran...
TUARAN: Sabah mencatat jumlah masjid tertinggi di Malaysia dengan 1,127 buah masjid selain 1,222 surau di seluruh negeri, menggambarkan komitmen kerajaan negeri bersama masyarakat Islam dalam memperkukuh syiar Islam, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Katanya, kedudukan itu tidak bertujuan untuk bermegah, sebaliknya membuktikan kesungguhan kerajaan dan masyarakat dalam menjadikan masjid serta surau sebagai pusat pembangunan...
KOTA BHARU: Building on the success of the “Bah, Mari Pigi Sabah & Labuan Roadshow 2023”, Tourism Malaysia has intensified its domestic promotional efforts with the launch of the Sabah & Labuan Meet East Coast Roadshow 2025.
Organised in collaboration with the Sabah Tourism Board and Labuan Corporation, the initiative specifically targets travel trade partners in Kelantan and Pahang to...
KENINGAU: Keprihatinan seorang pemimpin jelas terpancar apabila Timbalan Penyelaras Parlimen P.180 Keningau, Dato' Mohd Ishak Datuk Ayub, turun padang menziarahi keluarga Allahyarham Masedeh Rosmin, anggota Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) yang baru-baru ini meninggal dunia.
Mohd. Ishak yang mewakili Ahli Parlimen Keningau, Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan, meluangkan masa menziarahi balu arwah, Puan Riziah Yunin, di Kampung Tudan Baru, di...
KENINGAU: Suasana penuh kekeluargaan mewarnai Kampung Sandapak, Bingkor apabila lebih 300 waris berkumpul dalam “Odhou Kotimungan Paganakan Sayat Aki Atam Singgon Toun 2025” (Hari Keluarga Aki Atam Singgon 2025) yang berlangsung meriah baru-baru ini.
Majlis tahunan itu bukan sekadar medan pertemuan keluarga besar Atam Singgon, malah menjadi pentas menghidupkan semula warisan Dusun Gana sebagai asas penyatuan masyarakat.
Antara yang hadir ialah...









