25.8 C
Kota Kinabalu, MY
Friday, 1 May 2026
Home Blog Page 128
KOTA KINABALU: Aktivis politik Pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Haji Nasrah, mendakwa parti pembangkang terus menggunakan taktik fitnah dan naratif kebencian dalam usaha meraih kuasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17. Menurutnya, pengalaman lalu membuktikan kerajaan yang dibina atas modal fitnah tidak bertahan lama, sebagaimana yang berlaku kepada Parti Warisan selepas PRN-15. “Kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu tumbang bukan kerana...
KENINGAU: Kreativiti bertemu patriotisme apabila Wiranita dan Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) N.41 Liawan menganjurkan Projek Beg Seni & Kraftangan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan di Dewan Terbuka Taman Kali, pagi tadi. Program itu mendapat suntikan semangat apabila disertai Ketua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), YM Tengku Adlina Marita Tengku Zainal Adlin, isteri kepada...
KENINGAU: Program Gotong-Royong Perdana anjuran Biro Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan Masjid Nur Hidayah, Pekan Bingkor, berjaya dilaksanakan penuh semangat apabila lebih 50 ahli kariah, penduduk sekitar serta sukarelawan berganding bahu menceriakan kawasan masjid, semalam. Seawal jam 8 pagi, peserta berkumpul di perkarangan masjid dengan membawa kelengkapan kerja termasuk mesin pemotong rumput, gergaji berantai, parang serta peralatan pembersihan lain. Program dimulakan...
KENINGAU: Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) N.40 Bingkor, Tinus Majip bersama beberapa staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan berunsur hasutan, ugutan dan ancaman keselamatan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah. Turut hadir, Penyelia Masyarakat UPPM N.40 Bingkor, Haji Zaki Zakaria serta barisan Pemaju Mukim iaitu Rahman Bidin, George Dairie dan Garret...
KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) dan Pertubuhan Peladang Wilayah Persekutuan Labuan menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Mohd Razali Wahab atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah yang baharu, berkuat kuasa hari ini. Ucapan itu disampaikan Pengerusi PPNS, Datuk Mohd Nazri Abdullah dan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Ghazali Hassan, yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang...
KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) menegaskan bahawa penggunaan teknologi secara beretika perlu menjadi panduan utama dalam membina masa depan negeri ini, khususnya ketika masyarakat semakin terdedah dengan penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) dan media digital. Ketua Maklumat SAPP, Chin Vui Kai, berkata perkembangan teknologi sememangnya membawa pelbagai manfaat, namun pada masa sama turut membuka ruang kepada penyebaran maklumat palsu yang...
KENINGAU: Seramai 21 pelajar Biro Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Semester 3, Pra-Universiti SMK Bingkor sesi 2024/25 bersama empat guru penasihat berjaya menjayakan program khidmat masyarakat dan sumbangan amal di Persatuan Bagi Orang-Orang Pekak Sabah, Cawangan Keningau, baru-baru ini. Program yang bertujuan memupuk semangat sukarelawan, keprihatinan sosial dan rasa tanggungjawab terhadap komuniti itu disambut meriah dengan kehadiran warga persatuan sebaik rombongan...
KOTA KINABALU: Pimpinan Tertinggi Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), mengumumkan Timbalan Presidennya, Datuk Wetrom Bahanda sebagai calon Ketua Menteri sekiranya parti itu berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) nanti. Pemangku Presiden KDM, Priscella Peter berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Pimpinan Tertinggi di ibu pejabat parti itu, di Penampang, pada Isnin. "Sukacita kami umumkan, Pimpinan Tertinggi KDM sebulat...
KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah), Mohd Lin Hj. Harun yang juga Ketua Bahagian STAR Sabah Usukan, hadir bersama Presiden parti, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, memeriahkan sambutan Larian Hari Sabah Ke-62 di Padang Merdeka, semalam. Acara tahunan itu menjadi simbolik kepada sambutan Hari Sabah yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun, sekali...
KENINGAU: Dewan Kampung Binaong pagi tadi menjadi saksi suasana penuh bermakna apabila aktivis masyarakat, Dato’ Ishak Datuk Ayub, hadir menyantuni penduduk menerusi Program Agihan Bakul Makanan Mesra Rakyat sempena sambutan Bulan Kemerdekaan. Program yang digerakkan atas inisiatif peribadi beliau itu bukan sekadar menyampaikan bantuan keperluan asas, sebaliknya menjadi lambang kepedulian dan jambatan kasih antara pemimpin masyarakat dengan rakyat di peringkat...