25.2 C
Kota Kinabalu, MY
Saturday, 23 May 2026
Home Blog Page 140
KENINGAU: Usaha memperkukuh sektor pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) di daerah ini terus diperkasa menerusi penganjuran "Program Engagement with Community-Based Tourism (CoBT)" di Taman Bandukan Riverside Resort, hari ini. Program anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Daerah Keningau dengan kerjasama Keningau Tourism & Cultural Association (KeTCA) serta Lembaga Pelancongan Sabah (STB) itu berjaya menarik hampir 100 peserta. Mereka terdiri daripada pengusaha produk pelancongan dan...
KOTA KINABALU: Setiausaha Persekutuan Sabah yang baru, Datuk Mohd Razali Wahab mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, di sini hari ini. Razali, yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perancangan dan Persediaan (Dasar) di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), menggantikan Dato Seri Haji Rosli Isa yang bersara pada...
TUARAN: Infertility treatment at the National Population and Family Development Board (LPPKN) clinics nationwide has proven effective, with 6,249 successful pregnancies recorded through the treatment services, according to the LPPKN performance report for 2024. Wife of the Chief Minister and President of the Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA-GRS), Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag,...
TUARAN: Rawatan infertiliti di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di seluruh negara membuktikan keberkesanan apabila sebanyak 6,249 kehamilan berjaya direkodkan menerusi perkhidmatan rawatan itu berdasarkan laporan prestasi LPPKN tahun 2024. Isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA-GRS), Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, berkata seramai 29,163...
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik menyokong penuh cadangan mewujudkan Ordinan Anti Buli di Sabah atau dikenali sebagai "Zara Law" bagi menangani isu buli yang semakin membimbangkan di negeri ini. Beliau berkata, sudah tiba masanya satu undang-undang khusus diwujudkan bagi mengekang gejala buli, bukan sahaja di sekolah dan institusi pendidikan, tetapi juga merangkumi jabatan kerajaan,...
KOTA KINABALU: Aktivis politik Pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Haji Nasrah, mendakwa parti pembangkang terus menggunakan taktik fitnah dan naratif kebencian dalam usaha meraih kuasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17. Menurutnya, pengalaman lalu membuktikan kerajaan yang dibina atas modal fitnah tidak bertahan lama, sebagaimana yang berlaku kepada Parti Warisan selepas PRN-15. “Kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu tumbang bukan kerana...
KENINGAU: Kreativiti bertemu patriotisme apabila Wiranita dan Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) N.41 Liawan menganjurkan Projek Beg Seni & Kraftangan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan di Dewan Terbuka Taman Kali, pagi tadi. Program itu mendapat suntikan semangat apabila disertai Ketua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), YM Tengku Adlina Marita Tengku Zainal Adlin, isteri kepada...
KENINGAU: Program Gotong-Royong Perdana anjuran Biro Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan Masjid Nur Hidayah, Pekan Bingkor, berjaya dilaksanakan penuh semangat apabila lebih 50 ahli kariah, penduduk sekitar serta sukarelawan berganding bahu menceriakan kawasan masjid, semalam. Seawal jam 8 pagi, peserta berkumpul di perkarangan masjid dengan membawa kelengkapan kerja termasuk mesin pemotong rumput, gergaji berantai, parang serta peralatan pembersihan lain. Program dimulakan...
KENINGAU: Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) N.40 Bingkor, Tinus Majip bersama beberapa staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan berunsur hasutan, ugutan dan ancaman keselamatan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah. Turut hadir, Penyelia Masyarakat UPPM N.40 Bingkor, Haji Zaki Zakaria serta barisan Pemaju Mukim iaitu Rahman Bidin, George Dairie dan Garret...
KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) dan Pertubuhan Peladang Wilayah Persekutuan Labuan menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Mohd Razali Wahab atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah yang baharu, berkuat kuasa hari ini. Ucapan itu disampaikan Pengerusi PPNS, Datuk Mohd Nazri Abdullah dan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Ghazali Hassan, yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang...