25.8 C
Kota Kinabalu, MY
Saturday, 23 May 2026
Home Blog Page 142
KENINGAU : Kehadiran usahawan tempatan, Dato’ Ishak Ayub di majlis perkahwinan Regenna Ann Jakol dan pasangannya, Haddi Marcus, semalam mencuri perhatian ramai apabila beliau tampil sederhana dan mesra bersama masyarakat tanpa protokol, seolah-olah melengkapkan kemeriahan majlis bersejarah itu. Regenna ialah anak kepada Jakol Wong Langkab, pesawah berjaya dan pengusaha kolam ikan air tawar AKI-AKI di Kampung Bingkor Lama. Majlis itu...
KOTA KINABALU: The National Day 2025 celebration was marked with high patriotic spirit here today. A total of 169 contingents took part in the parade witnessed by Head of State Tun Musa Aman, cabinet ministers and thousands of people who had gathered along Jalan Tun Fuad Stephens as early as 7 am. Tun Musa and his wife, Toh Puan Faridah Tussin...
KOTA KINABALU: Sambutan Hari Kebangsaan 2025 berlangsung dengan penuh semangat patriotik di sini hari ini. Seramai 169 kontinjen menyertai perbarisan yang disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, para menteri kabinet serta lebih kurang 50 ribu orang ramai yang telah membanjiri sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens seawal jam 7 pagi. Ketibaan Tun Musa dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, di...
KENINGAU: Persatuan Gana Sabah (PGS) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap satu video tular di TikTok yang didakwa menghina masyarakat Kadazan-Dusun-Murut-Rungus (KDMR) di negeri ini. Naib Presiden PGS, Julian F. Lian @ Mohd Hafiz, menegaskan kandungan video berdurasi 1 minit 26 saat itu bukan sahaja menghina kaum KDMR, malah turut menjadikan Batu Sumpah Keningau – simbol bersejarah dan penyatuan...
KENINGAU: Presiden Persatuan Pengusaha Tanaman Sacha Inchi Sabah, Julian F. Lian @ Mohd Hafiz, berkesempatan berbincang secara bersemuka dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, sempena program FAMA Fest @ Sabah 2025 yang berlangsung di Dataran Keningau, kelmarin. Pertemuan ringkas itu dimanfaatkan Julian untuk menyuarakan beberapa isu dan cadangan berhubung potensi tanaman Sacha Inchi...
KOTA KINABALU: Serangan bertali arus pembangkang terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan melemahkan semangat kerajaan negeri untuk terus berkhidmat. Aktivis politik Pro-GRS Aksyah Haji Nasrah berkata, tindakan pembangkang yang cuba menggambarkan seolah-olah tiada kejayaan dilaksanakan kerajaan hanyalah strategi politik murahan, terutama ketika Sabah berada di ambang Pilihan Raya Negeri...
SANDAKAN: Keprihatinan terhadap keperluan masyarakat terus dizahirkan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Jaffari Waliam, menyempurnakan Program Bantuan Khas dengan menyerahkan 100 set bakul makanan dan 40 keping zink kepada masyarakat Cina di Tadika Ming Chung, Batu 14, di sini semalam. Majlis ringkas tetapi penuh makna yang diselaraskan oleh Ketua Masyarakat Cina N50 Gum Gum, Madam Fong Phui...
KENINGAU: Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Apin-Apin Bingkor Berhad terus membuktikan keupayaan pengurusannya apabila mencatat keuntungan bersih sebanyak RM87,905 bagi tahun kewangan 2024, hasil sokongan padu 73 ahli aktif serta pelaksanaan strategi yang berkesan. Pencapaian itu diumumkan oleh Pengerusi KPSM, Robert Paulus, pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) koperasi yang berlangsung di sebuah hotel di sini, semalam. Mesyuarat dirasmikan oleh Ketua Pejabat...
KENINGAU: Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Mukim Bunga Raya berlangsung penuh meriah dengan kehadiran ratusan penduduk setempat di Dewan Kg Tonobon Baru, di sini, semalam. Program yang dianjurkan Persatuan Penggerak Masyarakat Keningau dengan kerjasama Pejabat Wakil Rakyat Bingkor serta UPPM Bingkor, bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara selain memupuk jiwa patriotisme dalam kalangan masyarakat. Pelbagai pengisian menarik disediakan antaranya pembukaan...
PAPAR: Sabah melakar sejarah baharu dalam pembangunan modal insan apabila Projek Pembinaan Kampus Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah di Beringgis, bernilai RM130.6 juta, dimulakan secara rasmi hari ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, kampus baharu yang dibangunkan di kawasan seluas 34 ekar itu bakal menjadi pemangkin utama memperkasa golongan belia Sabah dalam bidang Pendidikan...