25.8 C
Kota Kinabalu, MY
Saturday, 23 May 2026
Home Blog Page 144
KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak lebih tegas dan adil dalam membanteras penularan maklumat palsu, penipuan siber serta buli dalam talian yang kini berkembang menjadi apa yang digelar sebagai “industri teknologi hitam”. Ahli Majlis Tertinggi SAPP, Lim Kat Chung, berkata perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) dan automasi bukan sahaja membawa kemudahan,...
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengetuai kepimpinan negeri menghadiri Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Solat Hajat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah Peringkat Negeri Tahun 2025 di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, pada Jumaat. Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN)...
KINABATANGAN: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Lamag, Encik Johainizamshah Johari membidas kenyataan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir yang menuduh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai kerajaan paling gagal, dengan menyifatkan tuduhan itu tidak lebih daripada helah politik menutup kelemahan sendiri. Beliau berkata, Suhaimi tidak layak menuding jari kerana Libaran yang diwakilinya masih ketinggalan jauh, dengan masalah asas rakyat gagal diselesaikan...
KENINGAU: Kira-kira 400 penduduk Kampung Minansut kini menarik nafas lega apabila jalan konkrit utama di kampung itu siap sepenuhnya, sekali gus memberi manfaat besar kepada kelancaran urusan harian serta pembangunan ekonomi masyarakat setempat. Jalan yang menjadi nadi perhubungan penduduk itu bukan sahaja memudahkan akses ke sekolah, tempat kerja dan pekan berhampiran, malah turut meningkatkan kesejahteraan hidup serta mempercepatkan pengangkutan hasil...
KENINGAU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan dijangka menjadi antara medan paling hangat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dengan penyandangnya, Datuk Annuar Ayub Aman (STAR) bersedia mempertahankan kedudukannya berbekalkan rekod lima tahun khidmat yang dilihat sebagai senjata paling ampuh. Sejak memenangi kerusi itu pada PRN lalu, Annuar memberi fokus kepada pembangunan asas dan kebajikan rakyat di peringkat akar...
KENINGAU: Harapan dan senyuman kembali terukir pada wajah seorang warga emas, Nyambong Anak Munau, selepas menerima sumbangan kerusi roda daripada Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Keningau. Nyambong yang tinggal di Kampung Masak sebelum ini berdepan kesukaran bergerak, sekali gus menyukarkan urusan hariannya di rumah. Bantuan berkenaan dianggap sebagai sinar baharu dalam...
KENINGAU: Kepimpinan berjiwa rakyat bukan sahaja diukur pada projek pembangunan, tetapi turut terpancar melalui penghargaan yang dizahirkan masyarakat dalam bentuk karya seni. Itulah yang berlaku di Bingkor apabila seorang anak jati Apin-Apin, Robert Paulus, menzahirkan rasa hormat dan penghargaannya terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Datuk Robert Tawik @ Nordin, melalui sajak berjudul “Robert Tawik @ Nordin – Denyut...
KENINGAU: Nadi pengangkutan hasil pertanian di Liau Ito, Apin-Apin Bingkor kembali berfungsi apabila jambatan dan jalan utama yang menjadi laluan penting pekebun, penternak serta pesawah siap dibaik pulih dengan peruntukan Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan. Kerja baik pulih itu melibatkan penambakan tebing sungai, penimbusan tanah di kiri kanan jambatan serta penyelenggaraan jalan sepanjang 110 meter...
KENINGAU: Kepimpinan bukan sekadar membina jalan raya atau infrastruktur, sebaliknya turut terserlah melalui sokongan kepada pengisian rohani yang menjadi teras kekuatan masyarakat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, terus menzahirkan keprihatinannya apabila menyokong penganjuran Program Ceramah Perdana “Keningau Berselawat Jiwa Kembali Dekat” yang berlangsung baru-baru ini di Dataran Keningau. Bagi menjayakan program berimpak tinggi itu, Annuar menyampaikan...
KENINGAU: Kerosakan jalan konkrit di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau berjaya dibaik pulih dalam tempoh sehari selepas aduan dibuat pada 22 Ogos lalu. Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Keningau bertindak segera susulan rakaman video pendek mengenai kerosakan jalan itu yang tular di media sosial. Kerja pembaikan dimulakan seawal pagi 23 Ogos dan disiapkan sepenuhnya pada petang hari sama. Tindakan pantas itu...