KENINGAU: Dalam dunia politik, ibarat dunia kunci dan mangga, tidak semua kunci serasi dengan setiap mangga.
Ada kunci yang hanya mampu membuka satu pintu, ada pula yang menjadi master key, mampu membuka pelbagai ruang dengan tepat dan selamat.
Namun, mangga yang boleh dibuka oleh terlalu banyak kunci selalunya dianggap longgar, rapuh, dan tidak boleh dipercayai.
Begitulah hakikat politik di Dewan Undangan Negeri...
KENINGAU: Penantian lebih empat dekad akhirnya berakhir buat penduduk Kampung Labak Baru dan Kampung Sasaie, Bingkor apabila mereka kini memiliki dewan terbuka baharu yang dibangunkan melalui peruntukan khas Kementerian Kewangan.
Majlis penyerahan rasmi kemudahan itu disempurnakan Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Daerah Keningau, Rafie Robert, yang hadir mewakili Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri merangkap ADUN Bingkor, Datuk Robert Tawik.
Dalam ucapannya, Rafie...
KENINGAU: Sekumpulan veteran Kor Jurutera Diraja Australia kembali menjejakkan kaki ke Keningau pada 20 dan 21 Ogos lalu bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka ketika era Konfrontasi Indonesia (1963–1966).
Konfrontasi tercetus apabila Presiden Indonesia, Sukarno, menentang pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.
Sebagai tindak balas terhadap ancaman keselamatan itu, Australia menghantar anggota Kor...
KOTA KINABALU: Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya melaksanakan 11 daripada 12 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi tahun 2024 dengan pencapaian keseluruhan sebanyak 92 peratus.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, kejayaan itu sekali gus membuktikan komitmen tinggi warga JTU dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada...
RANAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Tibabar K9 Ranau berjaya melaksanakan SciTech4u – STEM Camp MOSTI 2025 pada 22 hingga 23 Ogos lalu, melibatkan penyertaan seramai 125 murid daripada sekolah berkenaan serta lima sekolah sekitar Zon Garas, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Ranau.
Program anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) Universiti Malaysia Sabah (UMS), U-Science...
KENINGAU: Program Solidariti Doa dan Perpaduan Antara Denominasi Kristian yang berlangsung di Padang Bandaran Keningau semalam berjaya menghimpunkan ratusan jemaat pelbagai gereja bersama pemimpin masyarakat, sekali gus menyerlahkan semangat harmoni antara komuniti tempatan.
Acara anjuran Majlis Gabungan Gereja Keningau (MGGK) itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, bersama isteri, YM Datin Tengku Adlina Marita...
BINGKOR: Enam lorong di Lot Sandapak dicadangkan dinamakan sempena tokoh masyarakat berjasa dan legenda setempat sebagai usaha mengabadikan warisan komuniti untuk tatapan generasi akan datang.
Cadangan itu merangkumi penghargaan kepada mendiang Adrian Eswar Munting, mendiang Salim VG Nair, mendiang KK Bilulan Siun, serta aktivis masyarakat, mendiang Tony Munting Pawan yang dikenang kerana usaha gigih mereka memperjuangkan kelulusan rasmi tanah Lot...
RANAU: Bahagian Pendidikan Masyarakat (PENMAS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperkukuh kolaborasi bersama Unit Integriti, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam menyebar advokasi antirasuah menerusi pelaksanaan Kem Angkatan Mahasiswa Antirasuah (Kem AMAR) Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Siri 2, 2025 pada Ahad.
Kem yang berlangsung bermula 22 sehingga 24 Ogos di Damai Eco Ranch, Ranau kali ini melibatkan seramai 81 pelajar...
TUARAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Haji Daya, menegaskan projek menaik taraf Jalan Berungis–Pekan Tuaran bukan terbengkalai seperti yang didakwa, sebaliknya sedang berjalan mengikut prosedur walaupun terdapat beberapa kekangan teknikal dan pentadbiran yang menyebabkan kelewatan.
Beliau berkata, sebagai wakil rakyat dalan kawasan Tuaran, beliau amat memahami keresahan penduduk yang berdepan kesesakan trafik di laluan itu sejak...
KENINGAU: Sebanyak 226 peserta dari pelbagai daerah di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan menyertai Apin-Apin Slingshot Championship 2025, iaitu kejohanan melastik terbuka Sabah yang berlangsung di Bangunan Tamu Apin-Apin, hari ini.
Kejohanan julung kali itu dianjurkan oleh Apin-Apin Slingshot Community (AASC) yang dipengerusikan Brien Francis, dengan penyertaan merangkumi peserta dari Keningau, Sook, Tenom, Membakut, Papar, Tuaran dan Ranau.
Hadiah pertandingan ditaja...









