25.8 C
Kota Kinabalu, MY
Saturday, 23 May 2026
Home Blog Page 163
KENINGAU: Sebatang dahan besar daripada pokok reput tumbang dan menghempap sebuah kenderaan yang melalui jalan utama Kampung Minansut petang tadi dalam kejadian hujan lebat berserta angin kencang antara jam 4 hingga 5 petang. Kereta milik seorang penduduk kampung itu mengalami kerosakan pada cermin hadapan, namun tiada kecederaan dilaporkan. Menurut penduduk, pokok sebesar sepemeluk dewasa itu masih tegak tetapi berada dalam keadaan...
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri terus memperkukuh agenda pembangunan modal insan sebagai teras utama dalam menjayakan misi menjadikan Sabah sebagai negeri maju dan berdaya saing, dengan memberi penekanan khusus kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET). Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, pembangunan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi adalah pelaburan jangka panjang paling penting untuk...
KOTA KINABALU: The State Government continues to focus on its human capital development agenda as the core in making Sabah a developed and competitive state, with specific emphasis on technical education and vocational training (TVET). Chief Minister, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said developing quality human capital with high skills is the most important long-term investment to ensure...
PENAMPANG: The State Government welcomed trade unions as its strategic partner, said Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. "Within this new and more inclusive development framework, the voice of unions must be heard and given serious attention. This applies not only to issues of wages and benefits, but also in policy formulation, economic planning, education, technology adaptation, and...
PENAMPANG: Kerajaan Negeri mengalu-alukan kesatuan sekerja sebagai rakan strategiknya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. “Dalam kerangka pembangunan baharu yang lebih inklusif ini, suara kesatuan perlu didengari dan diberi perhatian serius. Ini bukan sahaja dalam isu gaji dan faedah, tetapi juga dalam penggubalan dasar, perancangan ekonomi, pendidikan, adaptasi teknologi, dan pembentukan persekitaran pekerjaan masa hadapan yang...
KENINGAU:  Penduduk Kampung Agudon berganding bahu membaiki jambatan gantung utama kampung mereka secara gotong-royong selepas ia rosak akibat hujan lebat baru-baru ini. Usaha membaiki jambatan yang penting bagi pergerakan harian pelajar, warga emas dan petani itu mendapat sokongan segera daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman yang menyalurkan sumbangan peribadi bagi membeli bahan ganti dan keperluan...
KENINGAU : Keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman terhadap kesejahteraan rakyat terus dizahirkan menerusi sumbangan ikhlas kepada individu kelainan upaya (OKU) dan kemudahan awam di kawasan ini. Seorang pemuda, Sazlan John dari Kampung Luagan Baru yang mengalami masalah penglihatan, menerima sumbangan daripada Annuar sebagai tanda sokongan terhadap kebajikan golongan memerlukan. Sumbangan itu disampaikan oleh Pemaju Mukim...
KOTA KINABALU: Persatuan Mantan Pendidik Sabah (PMPS) melahirkan rasa kecewa terhadap ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program Rancakkan MADANI Sabah yang berlangsung di Dewan Ballroom ITCC Penampang pada Ahad. Presiden PMPS, Dr Aslie Sahat berkata, ramai pesara hadir dari seluruh Sabah dengan harapan untuk mendengar sendiri penjelasan Perdana Menteri berhubung isu penyelarasan pencen – perkara yang amat...
SELANGOR: Pasukan veteran The Reds Sabah (TRS) mencatat pencapaian membanggakan apabila mara ke separuh akhir kategori Grandmaster 60's dalam Kejohanan 23rd RSC International Soccer 7’s 2025 yang berlangsung di Padang Royal Selangor Club. Di bawah kendalian pengurus pasukan, Victor Disimon Simon, TRS menunjukkan semangat juang tinggi meskipun berdepan saingan sengit daripada pasukan tempatan dan antarabangsa. Menerusi dua kemenangan dan satu seri...
KOTA BELUD : Surau Kampung Saduk-Saduk bakal dinaik taraf dengan struktur konkrit lebih kukuh dan selamat hasil sumbangan bahan binaan daripada Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STARSABAH), Mohd Lin Hj Harun. Sumbangan berupa simen, pasir, batu dan besi itu diserahkan kepada Pengerusi Surau, Tuan Haji Dulamin Haji Sulaiman, sebagai langkah awal memperbaiki struktur surau kayu sedia ada yang uzur...