25.2 C
Kota Kinabalu, MY
Sunday, 24 May 2026
Home Blog Page 175
KENINGAU: Sokongan akar umbi terhadap kepimpinan Datuk Robert Tawik @ Nordin terus kukuh apabila semua 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam DUN Bingkor sepakat menamakan beliau sebagai calon tunggal Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) akan datang. Ketetapan itu sekali lagi ditegaskan dalam Mesyuarat PDM Liau Bingkor yang berlangsung kelmarin, diketuai Harry Gitik selaku Ketua...
KENINGAU: Politik bukan sekadar medan meraih kuasa, tetapi ruang untuk menyemai bakti dan mendekati rakyat. Prinsip inilah yang terus dipegang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, yang gigih melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan penuh rasa prihatin dan rendah hati. Turut mendampingi beliau dalam setiap misi kemanusiaan ialah isteri tercinta, Datin Tengku Adlina Marita Tengku Adlin,...
SANDAKAN: Komitmen berterusan dalam memperjuangkan kebajikan rakyat luar bandar terus dizahirkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Jaffari Waliam, yang turun padang menyantuni masyarakat di beberapa kampung di sekitar kawasan Gum-Gum. Dalam program khas yang berlangsung semalam, Datuk Jaffari memulakan lawatannya di Kampung Semawang, Gum-Gum, dengan menyampaikan bantuan bahan binaan berupa zink dan papan lapis kepada penduduk yang...
TENOM: Seramai 50 ahli Koperasi Kakitangan Perkhidmatan Pendidikan Sabah Berhad (KO-PELAJARAN) Bahagian Keningau dijangka menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan pada 26 Julai ini di Dewan Tai Chi, Tenom. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi itu akan menyaksikan pemilihan lima perwakilan ke Mesyuarat Agung Pusat, mewakili empat daerah utama – Keningau, Tambunan, Nabawan dan Tenom. Menurut Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Koperasi Bahagian Keningau, Hj Yazid...
KOTA KINABALU: Kegiatan Pengabdian kepada Masyarakat (PkM) anjuran Fakulti Ekonomi dan Bisnes (FEB), Universiti Pancasila berjaya dilaksanakan di Community Learning Centre (CLC) Cerdas, Kota Kinabalu hari ini dengan semangat kolaboratif yang tinggi dan komitmen terhadap pemberdayaan komuniti warga negara Indonesia (WNI) di Sabah. Program University Social Responsibility antarabangsa ini mengetengahkan dua topik utama iaitu “Kecerdasan Finansial: Kunci Menuju Kebebasan Finansial”...
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan pendidikan tinggi menerusi pelbagai inisiatif bersasar, termasuk peruntukan tertinggi setakat ini berjumlah RM136 juta bagi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) tahun ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, peningkatan ketara daripada RM50 juta pada tahun 2020 kepada RM136 juta tahun ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan peluang...
KENINGAU: Kejohanan Bola Tampar Tertutup anjuran PUSPANITA Daerah Keningau melabuhkan tirainya dalam suasana penuh semangat kesukanan, sekali gus mengeratkan silaturahim dan semangat berpasukan dalam kalangan penjawat awam wanita. Majlis penutupan disempurnakan Penolong Pegawai Daerah Keningau, Christine Tiffany Charles Lohindu di Dewan Kelab Belia dan Sukan, menzahirkan sokongan berterusan terhadap gaya hidup sihat dan aktif di kalangan anggota perkhidmatan awam. Pengerusi PUSPANITA...
KOTA KINABALU: Aktivis politik Pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Haji Nasrah menempelak tindakan pembangkang yang didakwa sengaja menggambarkan keadaan Sabah seolah-olah kucar-kacir semata-mata untuk mencipta persepsi buruk terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Menurut beliau, pelbagai ulasan ekonomi dan isu pengangguran yang dibangkitkan oleh pemimpin serta aktivis pembangkang hanyalah...
KOTA KINABALU: Sabah dinamakan sebagai Negeri Paling Cemerlang Malaysia untuk tahun 2024 atau Most Outstanding State in Malaysia for the Year 2024 sempena Majlis Anugerah ASEAN International Business Review (IBR) yang dianjurkan oleh IBR di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Sabtu malam. Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji...
KENINGAU: Jalan konkrit yang kini terbentang di Kampung Bandukan Baru, Bingkor menjadi simbol nyata perjuangan dan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat pedalaman. Projek jalan konkrit itu, yang siap sepenuhnya baru-baru ini, memberi manfaat besar kepada penduduk dari segi keselamatan serta kelancaran pergerakan harian, khususnya pada musim hujan. Ia dilaksanakan hasil inisiatif Pembantu Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...