25 C
Kota Kinabalu, MY
Sunday, 15 Jun 2025
Home Blog Page 4
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di pantai timur Sabah berada pada tahap tertinggi tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku selama beberapa tahun ini. Beliau menyatakan perkara itu ketika menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Selasa. Dalam pertemuan itu, Ketua Menteri...
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, menghadiri Majlis Jamuan Teh DiRaja sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Dewan Seri Kinabalu di Istana Seri Kinabalu, di...
KENINGAU: The Crocker Range Festival (TCRF) akan kembali memeriahkan Dataran Keningau dari 26 hingga 29 Jun ini dengan pelbagai pengisian menarik sempena penganjuran musim ke-8 festival tahunan tersebut. Acara ini dijangka menjadi tumpuan utama pelancong dan pencinta budaya, bukan sahaja dari Sabah tetapi juga dari seluruh negara. Sebagai platform penting dalam meraikan dan mempromosikan kekayaan budaya etnik di pedalaman Sabah, TCRF...
KOTA KINABALU: Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) ke Sabah bagi merasmikan Pesta Kaamatan pada Jumaat lalu memberi gambaran jelas terhadap komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuh hubungan kerjasama bersama Kerajaan Negeri Sabah. Lawatan tersebut bukan sahaja memperlihatkan pengiktirafan PMX terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), malah mencerminkan keikhlasan...
KOTA KINABALU: Bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Dato' Jerry Ambuting Mohd Said menyokong kenyataan Perdana Menteri (PMX), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan keperluan untuk berwaspada dalam menilai video tular yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah beberapa pemimpin politik di Sabah. Menyifatkan kenyataan PMX sebagai "bertanggungjawab dan berpijak di bumi nyata", Jerry berkata siasatan menyeluruh dan tidak dipengaruhi...
KOTA KINABALU:  Sepertimana yang diumumkan dengan bangga oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Inland Revenue Board), pada tahun 2024, LHDN Sabah mengutip RM5.7 bilion cukai daripada Sabah.  Ketua Pegawai Eksekutif LHDN itu juga dengan yakin mengumumkan bahawa LHDN menyasarkan hasil cukai sebanyak RM6.2 bilion untuk tahun ini 2025. Ini bermakna purata RM6 bilion cukai dari Sabah...
TAWAU: Spekulasi mengenai agihan kerusi antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 masih belum ada keputusan rasmi sehingga kini. Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, dakwaan kononnya GRS akan bertanding di 52 kerusi manakala PH diperuntukkan 21 kerusi adalah sekadar cakap-cakap politik dan belum disahkan...
PENAMPANG: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman melakukan upacara mongomot atau menuai padi dan seterusnya memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik pengisytiharan penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2025 di Hongkod Koisaan KDCA di sini, pada Sabtu. Upacara Mongomot turut disertai Presiden KDCA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Timbalan Ketua Menteri II, Datuk...
  KOTA KINABALU: Bagi pihak Majlis Gereja-Gereja Sabah, saya mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat di Sabah, terutamanya saudara-saudari Kadazan-Dusun-Murut-Rungus (KDMR) pada 30-31 Mei 2025. Kaamatan adalah masa khas untuk bersyukur atas hasil tuaian yang melimpah, sebuah perayaan yang berakar umbi dalam warisan budaya dan kerohanian Sabah. Sebagai orang Kristian, kami menghargai tradisi masyarakat orang asal yang mencerminkan rasa...
KOTA KINABALU: Mantan Presiden Persatuan Ahli-Ahli Kehormat Ikatan Relawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah, Brig. Jen. (Kehormat) RELA, Dato' Jerry Ambuting Mohd Said, menyatakan sokongan penuhnya terhadap kenyataan Pegawai Khas Ketua Menteri, Sazalye Donol, yang mempertahankan penganjuran sambutan rasmi Hari Jadi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah daripada dakwaan tidak berasas. Menurutnya, tindakan mempertikai sambutan tahunan yang telah dilaksanakan...