25.4 C
Kota Kinabalu, MY
Wednesday, 20 May 2026
Home Blog Page 67
KINABATANGAN: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 10 Januari 2026 (Sabtu) sebagai Hari Penamaan Calon (HPC) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.187 Kinabatangan dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Lamag, Sabah. Menurut SPR, penyerahan kertas penamaan calon hendaklah dibuat dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di Pusat Penamaan Calon (PPC), Dewan Sri...
KOTA KINABALU: Lantikan ahli politik sebagai Pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah satu kewajaran dan kekal relevan dalam memastikan dasar serta halatuju kerajaan negeri dapat dilaksanakan secara berkesan, kata aktivis politik pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Haji Nasrah. Beliau berkata, kritikan pembangkang yang mempersoalkan pelantikan tokoh politik ke dalam GLC dengan alasan ia menjejaskan reformasi institusi adalah bersifat naratif politik...
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan simbolik replika cek bernilai RM4.17 juta daripada POIC Sabah Sdn Bhd kepada Kerajaan Negeri di Menara Kinabalu, dekat sini hari ini. Jumlah tersebut merupakan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada Kerajaan Negeri serta bayaran balik pinjaman Persekutuan berjumlah RM2.17 juta bagi tahun 2025. Pengerusi baharu POIC Sabah Sdn Bhd,...
KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor witnessed the symbolic presentation of a RM4.17million cheque replica from POIC Sabah Sdn Bhd to the State Government at Menara Kinabalu near here today. The amount represented a contribution of RM2 million to the State Government and Federal loan repayment of RM2.17 million for the year 2025. POIC Sabah Sdn...
TAMBUNAN: Pengerusi Persatuan Pelancongan Luar Bandar Bingkor, Razzidin Robert, menghulurkan sumbangan wang tunai kepada Rumah Anak Yatim Tambunan dalam satu program kebajikan yang diadakan baru-baru ini. Sumbangan berkenaan disampaikan sebagai tanda keprihatinan persatuan terhadap kebajikan golongan memerlukan, khususnya anak-anak yatim, selain bertujuan membantu menampung keperluan harian rumah kebajikan berkenaan. Sumbangan itu diterima Pengetua Rumah Anak Yatim Tambunan, Noor Jannah Rusinin, yang...
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan melaksanakan tindakan pengosongan dan perobohan struktur di kawasan Sembulan bermula awal Januari 2026. Tindakan ini melibatkan struktur yang dibina tanpa kelulusan, struktur usang dan tidak selamat untuk didiami serta struktur yang telah luput tempoh pajakan. Tindakan ini diambil susulan pemeriksaan dan pemantauan berterusan oleh pihak Mayor Bandaraya Kota Kinabalu yang mendapati wujud penempatan...
KOTA KINABALU: KPJ Sabah Specialist Hospital mencipta sejarah apabila menjadi hospital swasta pertama di Sabah yang berjaya melaksanakan prosedur Awake Craniotomy, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam bidang pembedahan saraf khusus di negeri ini. Prosedur bersejarah dikenali sebagai Right Awake Craniotomy dan Debulking of Tumour itu berjaya dijalankan pada 5 Januari 2026 dan mengambil masa kira-kira dua jam. Pembedahan tersebut...
LAHAD DATU: Seramai 37 pelajar Politeknik Tawau berjaya menamatkan Program Kampung Ecoventure Siri II yang berlangsung selama tiga hari di Kampung Telisai dan Pulau Buta Ecotourism, Tungku, baru-baru ini. Timbalan Pengarah Politeknik Tawau, Mohliyarni Jaling, berkata program itu dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti yang memberi impak positif kepada pembangunan...
KENINGAU: Pengerusi Persatuan Pelancongan Luar Bandar Bingkor, Razziddin Robert menghulurkan sumbangan berupa beras dan wang tunai kepada Pusat Tahfiz Ar-Rahman Keningau sebagai tanda sokongan terhadap usaha pusat berkenaan melahirkan generasi Al-Quran. Sumbangan itu disampaikan kepada Pengerusi Pusat Tahfiz Ar-Rahman Keningau, Hishammuddin Sulaiman bagi pihak pengurusan serta para pelajar pusat tahfiz berkenaan. Razziddin berkata, sumbangan tersebut mencerminkan komitmen berterusan beliau dalam memperkasakan...
KOTA KINABALU: Kejadian banjir yang melanda beberapa kawasan di Parlimen Sepanggar baru-baru ini disifatkan sebagai antara yang paling teruk sejak sekian lama, sehingga memaksa ramai penduduk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mustapha Sakmud berkata, situasi itu memberi kesan besar kepada kehidupan penduduk setempat, khususnya mereka yang mengalami kerugian ribuan ringgit akibat bencana berkenaan. Menurutnya, usaha penyelesaian...