27.2 C
Kota Kinabalu, MY
Wednesday, 20 May 2026
Home Blog Page 88
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Kota Kinabalu, yang baru, Bapak Noorman Effendi, di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini pada Isnin. Hajiji mengucapkan tahniah kepada Noorman atas pelantikannya dan berharap hubungan diplomatik dan kerjasama erat dua hala antara Sabah dan Republik...
KOTA KINABALU: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin dan calon PKR Melalap Datuk Jamawi Jaafar bertemu Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor bagi menyampaikan ucapan terima kasih atas restu beliau untuk mereka bertanding di bawah tiket PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah kali ini. Dalam satu kenyataan hari ini,...
KOTA KINABALU: Aktivis politik pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Haji Nasrah menyifatkan keputusan Kerajaan Persekutuan mengembalikan hak hasil bersih 40 peratus kepada Sabah sebagai langkah besar yang mampu memacu pelaksanaan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 serta memperkukuh kestabilan politik negeri. Menurutnya, keputusan itu bukan berlaku secara kebetulan atau kerana tekanan politik menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17,...
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri Persekutuan atas keputusan bersejarah untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan semula hak perlembagaan Sabah terhadap pemberian khas 40 peratus. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, keputusan itu menunjukkan bahawa Perdana Menteri memahami harapan dan aspirasi rakyat...
KOTA KINABALU: The State Government has expressed its gratitude to Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and the Federal Cabinet for their historic decision not to appeal the High Court ruling reaffirming Sabah’s constitutional right to the 40 percent special grant. Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor said the decision demonstrates that the Prime Minister understands Sabah’s...
KOTA KINABALU : Mesyuarat Khas Jemaah Menteri telah diadakan pada 11 November 2025 bagi membincangkan berkenaan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terkait Pemberian Khas Negeri Sabah yang diputuskan dalam Permohonan Semakan Kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society terhadap Kerajaan Malaysia. Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan menghormati prinsip Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil sebagaimana yang diperuntukkan di...
KENINGAU: Lima tahun memimpin kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan menjadi tempoh penuh makna bagi penyandangnya, Datuk Annuar Ayub Aman, yang menganggapnya bukan sekadar satu penggal pentadbiran, tetapi sebuah amanah yang dijunjung demi kesejahteraan rakyat. Sejak diberi mandat pada 2018, Annuar berdepan pelbagai cabaran — daripada tuntutan pembangunan infrastruktur, perubahan ekonomi luar bandar, hingga menjaga kebajikan masyarakat. Namun katanya, segala...
TAMPARULI: Pemuda UPKO Tamparuli melalui ketuanya, Maxolvin Sintore Gabu, menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan parti untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH), sambil menegaskan bahawa langkah tersebut penting demi mengembalikan maruah dan autonomi politik Sabah. Menurut kenyataan itu, UPKO tidak pernah dihormati sepenuhnya dalam kerjasama PH, walaupun Presiden Datuk Ewon Benedick telah dipilih secara sah sebagai Pengerusi PH Sabah. Namun, pelantikan tersebut...
KOTA KINABALU: Keindahan flora dan fauna serta kepelbagaian etnik dan budaya Sabah perlu diterokai sepenuhnya oleh penulis dan pejuang sastera khususnya untuk menghasilkan karya bermutu tinggi. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata ini seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang sentiasa menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta penulis dalam memperluas kegiatan sastera dan budaya membacadi...
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah meningkat daripada RM77.80 bilion pada tahun 2020 kepada RM84.30 bilion pada tahun 2024, iaitu tertinggi pasca COVID-19. Menurut beliau, ini mencerminkan keberkesanan dasar fiskal oleh Kerajaan ini khususnya dari aspek pengurusan hasil yang berhemat dan sistem kutipan yang efisien. “Ia mempamerkan daya tahan...