25.4 C
Kota Kinabalu, MY
Wednesday, 20 May 2026
Home Blog Page 95
MENUMBOK: Kuala Penyu mencipta sejarah hari ini apabila melancarkan lima program serentak dalam satu acara yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor. Acara yang diadakan di Tapak Tamu Menumbok di sini, ialah pelancaran buku Pelan Strategik Pembangunan Daerah Kuala Penyu dan Daerah Kecil Menumbok, penyerahan kunci Rumah Mesra SMJ, perasmian Masjid Nur Ihsan, penyerahan warta tanah...
KOTA KINABALU: Aktivis politik pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Haji Nasrah menyifatkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebagai pemimpin yang memiliki ketajaman diplomasi, bukannya ketololan berkonfrontasi seperti yang cuba digambarkan oleh pembangkang. Menurutnya, pemimpin Parti Warisan sering menuduh kononnya Hajiji dan GRS tunduk kepada pengaruh “Malaya”, namun hakikatnya tuduhan itu hanyalah propaganda politik untuk menagih sokongan...
KOTA KINABALU: Program Felo SMJ 4.0 disifatkan sebagai satu lagi bukti keprihatinan dan visi strategik Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam memperkasa generasi muda negeri ini ke arah kepimpinan masa hadapan. Aktivis politik pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Haji Nasrah, berkata inisiatif itu bukan sekadar program latihan, tetapi merupakan langkah penting dalam membentuk barisan pemimpin muda...
KENINGAU: Program Ziarah Kasih DUN N.41 Liawan terus menyemai nilai keprihatinan apabila isteri Datuk Annuar Ayub Aman, Yang Mulia Datin Tengku Adlina Marita Tengku Adlin, turun padang menyantuni warga emas, ibu tunggal dan keluarga memerlukan di seluruh pelosok kawasan Liawan. Dalam program yang berlangsung penuh mesra itu, Tengku Marita menegaskan kehadiran mereka bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi membawa mesej kasih...
KENINGAU: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, menzahirkan penghargaan kepada penduduk Kampung Padang Tembak atas sokongan padu dan sambutan luar biasa terhadap kepimpinannya sepanjang tempoh perkhidmatan. Dalam program santai mesra bersama komuniti kampung itu baru-baru ini, Annuar berkata kepercayaan yang kini terjalin kukuh antara beliau dan rakyat bukan terhasil daripada janji pilihan raya, tetapi hasil...
KENINGAU: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, menyeru calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 agar menghadapi peperiksaan dengan keyakinan, ketenangan dan semangat juang tinggi. Beliau menegaskan bahawa SPM bukan sekadar penilaian akademik, tetapi landasan awal untuk membina masa depan yang lebih cerah dan tersusun. “Peperiksaan ini bukan sekadar ujian ilmu, tetapi penanda aras untuk memacu masa...
KENINGAU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak menjanjikan bulan dan bintang, sebaliknya menjadikan hasil kerja dan pencapaian nyata sebagai manifestonya kepada rakyat. Di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, kerajaan GRS berjaya melaksanakan pelbagai dasar yang terbukti berkesan, termasuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah — satu pencapaian yang tidak sekadar retorik politik. Program Rumah Mesra Sabah Maju...
KENINGAU: Walaupun tidak lagi bergelar Yang Berhormat, penyandang ADUN Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, terus membuktikan komitmen dan keprihatinannya terhadap rakyat melalui tindakan nyata, bukan sekadar kata-kata. Terbaharu, beliau melalui Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan menyampaikan sumbangan kepada pasukan penari SMK Keningau dan SK Saint Francis Xavier (SFX) Keningau yang bakal bertanding di peringkat akhir Yakult Dance Rope...
KENINGAU: Semangat kepedulian terhadap rakyat terus dizahirkan apabila Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.41 Liawan bersama Ketua Kampung Bukit Indah, KK Sabilin Sajin, menyerahkan sebuah reclining wheelchair with commode kepada Juin Ubod, yang mengalami kesukaran bergerak akibat masalah kesihatan. Sumbangan itu disampaikan bagi pihak penyandang ADUN Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman, yang sentiasa menzahirkan keprihatinan terhadap keperluan masyarakat setempat melalui...
KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan melancarkan Jelajah ‘Sabah First’ yang akan diselaraskan dengan konvensyen parti peringkat Bahagian, sebagai langkah memperkukuh dan memaklumkan pendirian parti kepada akar umbi. Cadangan ini akan dibentangkan oleh Ketua Penerangan UPKO, Dr. Peter Jr Naintin, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UPKO yang akan bersidang esok, 5 November. Menurut Dr. Peter, jelajah tersebut akan memberi penekanan...