KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan Seminar ICT 2017 Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan jabatan serta agensi dibawahnya di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, kelmarin.
Turut hadir di majlis itu ialah Pengerusi Ko-Nelayan, Datuk Mijul Unaini, Setiausaha Tetap MAFI, Encik Ahmad Awang Hashim, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri, Dr Haji Mingu Haji Jumaan dan ketua-ketua jabatan serta agensi dibawah MAFI.-CE/BNN