BN utamakan rakyat

0
Ketibaan Mohd.Yusof di majlis itu disambut oleh Mizma dan pemimpin Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Silam.
Mohd.Yusof (tiga dari kiri) melancarkan Karnival Jom Gempak Gempur 2017 bersama Mizma (dua dari kiri) dan pemimpin masyarakat setempat.

LAHAD DATU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang mengutamakan rakyat, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Silam, Puan Mizma Appedullah.

Katanya, kerajaan hari ini telah dan akan terus merancang dan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk membantu rakyat.

“Kerajaan BN bukan sahaja mendengar suara hati rakyat, malah sentiasa berusaha memperbaiki taraf hidup dan sosial-ekonomi rakyat menerusi program dan inisiatif yang diperkanalkan.

“Semua ini kerajaan lakukan kerana BN adalah kerajaan yang membela nasib rakyat dan bukan seperti parti pembangkang yang hanya menabur janji kosong ”, katanya.

Ketibaan Mohd.Yusof di majlis itu disambut oleh Mizma dan pemimpin Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Silam.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian Karnival Jom Gempak Gempur 2017  Bangkit Bersama Barisan National (BN) di perkarangan Perdana Square, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Dato’ Haji Mohd.Yusof Apdal yang juga Ketua UMNO Bahagian Silam,   telah merasmikan program itu yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Silam.

Mohd. Yusof turut melancarkan Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus Silam selain melancarkan Friends of Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Silam. Sebanyak 3760 orang permohonan menjadi Friends of KPDNKK diserahkan di majlis itu.

Ribuan orang membanjiri Perdana Square untuk menyertai pelbagai aktiviti yang telah diadakan antaranya ialah  auto show, pertandingan mewarna, kempen derma darah, pertandingan “street soccer”, gerai pameran usahawan wanita Silam, konsert Jom Gempak oleh artis jemputan seperti Rubisa dan Emma AF.

Mohd.Yusof (bertopi) dan Mizma bergambar bersama belia yang menyertai pertandingan “Street Soccer”.

Mizma berkata, Kerajaan BN sentiasa mencari formula untuk cuba mengatasi setiap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat termasuk menghulurkan pelbagai bantuan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Katanya, fokus kerajaan BN ialah mengutamakan pembangunan dan kemajuan negara dan negeri agar Malaysia boleh berdiri sebaris dengan negara maju yang lain.

“Kita mahu melihat rakyat hidup dengan senang dan gembira. Kita juga mahu Malaysia sempurna untuk didiami dan bergerak maju dalam keadaan aman dan damai. Itulah matlamat Kerajaan BN”, tegasnya.

Mizma mengajak rakyat khususnya di parlimen Silam agar terus memberikan sokongan kepada Kerajaan BN dan UMNO kerana hanya Kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak di peringkat Kerajaan dan Tan Sri Datuk Seri Musa Haji Aman diperingkat negeri, mampu memimpin kearah pembangunan yang lebih maju.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai fitnah dan tomahan yang dilontarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap Kerajaan BN yang memerintah pada hari ini.

“Ada dikalangan mereka dahulunya bersama-sama Kerajaan BN dan UMNO, tetapi kini telah berpaling tadah dan turut sama meracuni pemikiran rakyat dengan melontarkan pelbagai fitnah dan tomahan tidak berasas terhadap Kerajaan demi kepentingan politik peribadi mereka”, tegasnya.

Mengenai Karnival “Jom Gempak Gempur 2017”, Mizma berkata ia merupakan program pemimpin turun padang mendekati rakyat jelata selain memupuk persefahaman, harmoni  dan semangat toleransi dikalangan rakyat pelbagai peringkat.

Mengenai program Friends of KPDNKK yang membuka keahliannya kepada pengunjung carnival, Mizma berkata program itu banyak memberi faedah kepada rakyat kerana dapat berkongsi ilmu dan maklumat untuk menjadi pengguna yang bijak.

“Melalui perkongsian ilmu ini juga, kita akan lebih tahu tentang tanggungjawab dan peranan kita sebagai pengguna dan tidak mudah ditipu oleh peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab yang memanipulasi pengguna demi mengaut keuntungan yang lebih.

“Melalui program bersama KPDNKK ini, kita boleh menjadi mata-mata untuk menyalurkan maklumat mengenai salah laku peniaga kepada pihak berwajib seperti KPDNKK agar masalah yang melibatkan pengguna dapat diatasi”, tegasnya.-pr/BNN