Yahya temui pengerusi JKKK Petagas

0

PERJUMPAAN…Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin (duduk, empat dari kiri) telah mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan  Dewan Undangan Negeri (DUN) 18 Petagas di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Yahya, Encik Ishar Ramli (duduk,empat dari kanan) Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Petagas, Haji Ali Hussin Sharin (duduk, tiga dari kiri) dan Pegawai Kemajuan Masyarakat, Encik Abd Latip Jiar dan pemaju-pemaju mukim.

Yahya yang juga ADUN Petagas mengingatkan pengerusi dan jawatankuasa JKKK agar sentiasa mendampingi rakyat kerana mereka adalah mata dan telinga kerajaan di peringkat akar umbi.

“Masalah yang dihadapi oleh rakyat di peringkat akar umbi hendaklah dibawa kepada pengetahuan pihak atasan dan juga jabatan dan agensi berkaitan untuk tindakan lanjut”, tegasnya.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri itu juga mahu JKKK dan Ketua Kampung bekerjasama rapat dengan penduduk kampung bagi mengatasi masalah sampah sarap di kampung masing-masing.

Beliau juga mengingatkan jawatankuasa JKKK agar tidak terpengaruh dengan rentak parti pembangkang yang berkempen di sana sini bagi memburuk-burukkan Kerajaan Barisan Nasional (BN).-pr/BNN