Malaysia tidak perlu pemantau asing PRU14

0
Presiden Empirical Malaysia Anina Saadudin-pix Malay Mail Online
Presiden Empirical Malaysia Anina Saadudin-pix Malay Mail Online
KOTA KINABALU: Baru-baru ini dilapor, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menggesa agar pemantau antarabangsa dijemput bagi menyaksikan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-14.
Gesaan tersebut turut diulangi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya mahukan sistem pengawasan yang lebih efektif berbanding sekarang.
Presiden Empirical Malaysia Anina Saadudin, berkata gesaan terdesak dari kem pembangkang ini hanya satu lagi mainan drama untuk memburukkan imej Kerajaan dan agensi terlibat seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mendapatkan perhatian dan simpati pengundi kononnya sistem pemantau pilihanraya kita tidak cekap.
Anak bangsa dan rakyat Malaysia harus sedar bahawa tindakan menjemput pemantau asing untuk PRU14 ini umpama bapa yang cuba memburukkan anak sendiri di mata antarabangsa yang kelak memburukkan nama keluarga secara keseluruhannya, katanya.
“Saya pelik bagaimana gesaan ini boleh disokong kem pembangkang kerana umum maklum, mereka tetap mempunyai pengundi sendiri malah mampu mentadbir negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang hasil keputusan PRU lepas,” katanya lagi.
“Jadi, adakah sistem pengawasan dan pemantauan PRU kita tidak cekap hingga kem pembangkang mampu menawan beberapa negeri dan meningkatkan pengaruh di beberapa kawasan tertentu?”
Beliau berpendapat pembangkang gemar berilusi dengan nafsu terlalu ingin menang hingga sanggup terdetik untuk membawa pasukan pemantau PRU asing.
“Dahulunya propaganda yang dimainkan adalah pengundi hantu, lampu padam
usung tong undi dan sebagainya. Kali ini apa pula?”-pr/BNN