KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Sabah yang baru, Cik Helda Souki di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah.
Helda yang berasal dari Tamparuli menggantikan Tuan Haji Sadi Sujang yang kini memenang jawatan Pengarah Pusat Ternak, MARDI Serdang. Sadi berkhidmat lebih 5 tahun di Sabah.
Kunjungan itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin diantara kepimpinan MARDI Sabah dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri.
Sementara itu, Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri turut menerima kunjungan Pengarah RISDA Negeri Sabah yang baru, Encik Maizal Hakiman Nawawi serta pegawai kanan agensi tu.
Maizal yang berasal dari negeri Kelantan mulai berkhidmat di Sabah sejak Julai 2017. Beliau diiringi oleh pegawai-pegawai kanan RISDA Sabah.-pr/BNN