PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah merasmikan penutupan Program SINDA-IT 2018 Peringkat Daerah Putatan di Dewan Raya Kampung Duvanson, hari ini.
Program itu dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah (KPSKTM) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ketua Kampung Kg. Duvanson, Kg. Tombovo, Kg.Serigai dan Kg.Ketiau.
Program itu bertujuan merapatkan jurang ICT, sekaligus meningkatkan pengetahuan penduduk kampung tentang perkembangan dunia ICT masa kini.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap KPSKTM, Datuk Bruno Vun dan pemimpin masyarakat setempat.-pr/BNN