Putatan membangun dibawah BN-Yahya

0
Sebahagian daripada orang ramai yang menghadiri majlis itu. -pr/BNN
Yahya (tiga dari kiri), Ir.Edward Yong (lima dari kiri) bersama penyanyi Awie (tiga dari kanan), Arsit (dua dari kiri) dan majlis itu.-pr/BNN
PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin bersama ribuan rakyat telah mengahadiri Program Mesra Rakyat #Hebatkan NegaraKu# di perkarangan Golden Centre Putatan, semalam.
Program santai itu turut menampilkan penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie selain penyanyi-penyanyi tempatan lain.
Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersama-sama rakyat Putatan telah berjaya mentransformasikan Putatan menjadi sebuah daerah yang membangun.
“Kita telah berjaya mengubah Putatan daripada sederet kedai papan yang usang menjadi sebuah pekan yang maju dan membangun. Semua ini adalah berkat usaha Kerajaan BN bersama-sama dengan rakyat kawasan Putatan”, tegasnya.
Katanya, BN akan terus membangun kawasan Putatan dengan pelbagai rancangan pembangunan termasuklah membina lebih banyak Program Perumahan Rakyat, mewujudkan LRT, sistem pembentungan dan perparitan yang teratur, menaiktaraf padang bola, meningkatkan infrastrktur di kawasan tamu, mewujudkan institusi pengajian tinggi dan lain-lain lagi.
Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas menyeru rakyat agar terus menyokong BN dan tidak terpengaruh dengan slogan “Ubah” yang dibawa oleh parti pembangkang.
Sebahagian daripada orang ramai yang menghadiri majlis itu. -pr/BNN
Turut hadir ialah calon BN kawasan Tanjong Aru, Datuk Ir.Edward Yong, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Haji Arsit Sedi, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Puan Juliah Palasin dan pemimpin masyarakat setempat.-pr/BNN