Baju raya untuk pelajar kurang mampu Maktab Sabah

0

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maktab Sabah, Datuk Fatimah Sharah Ahmad Noor (kiri) bersama Pengetua Cemerlang Maktab Sabah, Datin Hajah Nuinda Alias (kanan) dan jawatankuasa persatuan itu memilih baju Hari Raya untuk pelajar-pelajar kurang mampu sekolah itu sempena Program Shopping Raya anjuran persatuan itu di Emadira Textile Mall, Kota Kinabalu, hari ini.

Menurut Fatimah, seramai 10 orang pelajar, 4 lelaki dan 6 perempuan daripada keluarga kurang mampu dipilih menerima sumbangan baju baru sempena menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

“Program tahunan ini telah diadakan selama 12 tahun, sejak saya dipilih menerajui PIBG, dengan tujuan membantu mengurangkan beban pelajar tersebut disamping membawa kecerian kepada mereka dalam menyambut Hari Raya”, katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Hajah Maimunah Suhaibul telah menghadiri Program Imarah Sahur Jabatan Pendidikan Sabah (JPS) bersama Maktab Sabah di Dewan Gaya, Asrama Maktab Sabah dekat sini, hari ini.

Maimunah bersama pegawai-pegawai JPS bersahur bersama pelajar-pelajar asrama sekolah itu.

Terdahulu, Majlis Iftar Ramadhan bersama anak-anak yatim Rumah As-Sakinah turut diadakan di Dewan Gaya sekolah itu. Program itu dianjurkan bersama oleh PIBG, Asrama Maktab Sabah dan Penatia Agama Islam sekolah itu.

Seramai 10 orang anak yatim diraikan di majlis itu. Mereka turut menerima duit raya sumbangan pengetua, guru-guru dan individu yang prihatin.-pr/BNN