Ewon terima kunjungan daripada Timbalan Menteri KPLB Pusat

0
Ewon (enam dari kiri) dan Sivarasa (lima dari kiri) bergambar bersama rombongan selepas kunjungan itu.

KUNJUNGAN HORMAT… Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada rombongan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Pusat yang diketuai oleh Timbalan Menterinya Sivarasa Rasiah, di pejabat KPLB Sabah Kota Kinabalu, hari ini.

Antara yang dibincangkan ialah pelbagai isu termasuk projek pembangunan luar bandar dan program pembasmian kemiskinan serta penyediaan kemudahan asas luar bandar yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah.

Turut serta dalam kunjungan itu ialah Pengarah Pejabat KPLB (P) negeri Sabah, Hamsha Injau dan Timbalan Pengarah KPLB (P) Sabah Christnie Alus.

Hadir sama, Setiausaha Perhubungan Awam kepada Menteri KPLB Sabah, Charles Dalinsing, Setiusaha Sulit kepada Menteri KPLB Sabah Arron Albert Guramon dan pegawai-pegawai kanan KPLB Sabah dan Pusat.-pr/BNN