PPN wilayah Borneo kesal KP LPP sabotaj majlis perjumpaan pengerusi, GM NAFAS bersama pengerusi, GM PPN

0
Antara Pengerusi PPN yang menghadiri majlis perjumpaan itu.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dari wilayah Borneo melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Ketua Pengarah (KP) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mensabotaj Majlis Perjumpaan Pengerusi dan Pengurus Besar (GM) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bersama Pengerusi dan GM Pertubuhan Peladang Negeri-Negeri.

Majlis perjumpaan itu telah diadakan pada jam 2.00 petang, hari ini di ibu pejabat NAFAS.

PPN tersebut ialah PPN Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengerusi PPN Sarawak, Datuk Sylvester Entri Muran berkata, tindakan mensabotaj majlis perjumpaan itu merupakan perbuatan yang tidak beretika.

Katanya ianya terdedah apabila Pengerusi PPN Pulau Pinang, Datuk Ismail telah bertanya kepada Pengarah Penyelian LPP, Encik Salleh Kabul tentang perjumpaan berkenaan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.

Antara lain SMS Datuk Ismail; ” Nk tanye Tuan ….., patotkan perjumpaan ini pengurus Besar PPN hadir”.

Petikan perbualan sms dari group Pengerusi PPN Malaysia.

Salleh Kabul menjawab ; ” Assalamuaikum, maaf lewat jawab. Sebenarnya gm nafas tak ada kapasiti unt menjemput Pengerusi PPN termasuk GM”.

“Hanya KP (Ketua Pengarah) @ Pendaftar saya yang ada punca kuasa untuk memanggil @ keluar notis kepada pengerusi dan aku termasuk GM”, katanya yang dipetik perbualan tersebut dari group pengerusi PPN Malaysia.

PPN Labuan, Datuk Haji Yussof bin Haji Mohammad berkata, perbuatan sabotaj majlis itu tidak patut dilakukan oleh KP LPP.

“Majlis Perjumpaan Pengerusi dan GM NAFAS itu bertujuan baik bagi berunding dengan pemegang SAHAM antara NAFAS dan PPN”, katanya.

Sementara itu, Pengerusi PPN Sabah Dato’ Mohd.Nazri Abdullah berkata, “Salleh merupakan kenalan rapat saya dan dia pegawai yang sangat setia kepada ketua.

“Sudah pasti Salleh mendapat keizinan daripada Ketua Pengarah LPP untuk menjawab pertanyaan Pengerusi PPN Pulau Pinang itu. Jika tidak, Salleh tidak akan menyatakan demikian, kerana saya kenal betul pegawai ini akan sentiasa menjaga boss nya”, katanya.

Menurut Mohd.Nazri, akibat daripada sms itu, tidak ramai Pengerusi PPN yang menghadiri perjumpaan tersebut.-pr/BNN