24 ketua penaja Armada bahagian BERSATU Sabah terima watikah

0

KETUA ARMADA….Seramai 24 Ketua Penaja Armada Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah telah menerima watikah perlantikan mereka daripada Ketua Armada BERSATU, Encik  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ( duduk, tengah) yang juga Menteri Belia dan Sukan Malaysia di majlis yang diadakan di Rose Garden, Magellan Sutera Kota Kinabalu, petang tadi.

Majlis bersejarah itu turut dihadiri oleh Ketua Penyelaras BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (duduk, dua dari kanan) dan Timbalannya, Datuk Seri Panglima Masidi Manjin (duduk, kanan) dan Setiausaha Eksekutif BERSATU Sabah, Dato Armizan Mohd.Ali.

Ketua  Penaja Armada Bahagian Putatan, Encik Mohd Isquzawan Israq Arsit (duduk, kiri) diamanahkan sebagai Ketuan Penyelaras Armana Sabah.

23 Ketua Penaja Armada Bahagian yang lain terdiri daripada Ceasar Mandela Malakun (Penampang), Azrul Ibrahim (Papar), Mohamad Ghazali Hajiji (Tuaran),  Kahazaruddin Kahar (Tawau),  Kamarul Anuar Ahmad (Kota Marudu), Fairuzz Renddan (Kota Belud), Abqaree Fawwaz Abekan (Sepanggar), Mohd Fakhruz Zaman Arsit (Kota Kinabalu), Ak Jamaluddin Pg. Mohd. Yassin (Kimanis).

Mohd.Shahril Osin (Beaufort), Zulhuzaimi Hassan (Sipitang), Maxley Edwind Marom (Tenom), Rafie Robert (Keningau), Awang Azuan Pangiran Hamzah (Pensiangan), Rosdi Abd Ghani (Ranau),  Fariz Fadila  Ag Kamarudin (Sandakan), Sholehuddinulfatih Mardin (Libaran),  Johainizamshah Johari (Kinabatangan), Zainuddin Sabu (Beluran),  Rozaizar Rozainie (Batu Sapi), Azrul Arosa (Semporna), Mohd. Norazri Hassan (Silam) dan Mohammad Khairuz Azrin Ismail (Kalabakan).

Sementara Ketua Penaja Armada Bahagian Kudat akan diumumkan kemudian.-pr/BNN