Program bubur lambuk bulan Ramadhan

0

KOTA KINABALU: Sepanjang bulan Ramadhan pelbagai agensi awam, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan individu mengambil bahagian untuk untuk mengimrahkan bulan penuh keberkatan ini dengan bersedekah di beberapa buah tempat.

Kolej SIDMA Sabah tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawab korporat dan sosial dengan komitmen kepada komuniti sekitar Kota Kinabalu sepanjang bulan Ramadhan ini iaitu Program Bubur Lambuk.

Menurut Pengerusi dan Pengasas Kolej SIDMA Prof. Dr. Morni Kambrie berkata, program pengagihan bubur lambuk telah bermula sejak awal 1 Ramadhan lagi dan tempat-tempat yang telah di jadikan pusat pengagihan seperti Masjid Bandaraya, Masjid Negeri, Masjid Kg. Sembulan dan Balai Bomba Penampang, Balai Polis Penampang.

Beliau berkata Kolej SIDMA juga menerima tempahan daripada Kumpulan Yayasan Sabah untuk majlis berbuka puasa mereka selain individu yang bersedekah untuk berbuka puasa diagih di beberapa buah masjid, surau, agensi kerajaan seperti Balai Bomba, Bali Polis, sekolah tahfiz dan sebagainya.

“Program penagihan bubur lambuk ini berjaya diadakan hasil daripada sumbangan orang ramai, individu dan organisasi yang mahu bersedekah di bulan yang mulia ini.

“Kolej SIDMA sangat berterima kasih di atas sumbangan ikhlas yang telah diberikan,” kata Dr Morni lagi.

Beliau berkata demikian selepas penyerahan juadah berbuka puasa di Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu di sini semalam.

Turut hadir sama Pengerusi dan Pengasas Kolej SIDMA Sabah, Dr. Morni Kambri.

Tambah Dr. Morni, sejarah pengagihan bubur lambuk ini bermula semenjak 20 tahun lalu di Kolej SIDMA Sarawak Kuching iaitu pada tahun 1999. Tradisi tersebut diteruskan di Kota Kinabalu pada tahun 2003 apabila Kolej SIDMA Sabah ditubuhkan.

Jelasnya bubur lambuk adalah hidangan unik di Malaysia dan ia adalah juadah yang seimbang untuk berbuka puasa, kebiasaanya bubur ini dimasak bersama daging ayam cincang dan pelbagai rempah istimewa yang akan memberi aroma dan rasa yang enak kepada hidangan ini.

Tambah beliau, di Kolej SIDMA, sebanyak tiga periuk akan disediakan setiap hari hasil sedekah infak orang ramai. Pelajar yang tidak mempunyai kuliah pada hari itu akan datang membantu menyediakan bubur lambuk ini. Bubur lambuk ini akan di agihkan kepada orang ramai selepas solat Asar di masjid-masjid.

“Ini merupakan aktiviti tahunan dan telah memberikan peluang untuk para kaitangan Kolej SIDMA untuk melakukan kerja amal, melahirkan semangat untuk memberi dan membantu orang yang lebih memerlukan, mendekatkan diri dengan Allah SWT, disamping menanamkan rasa syukur dengan pelbagai nikmat kurniaan-Nya.

Sementara itu, Sekretariat kepada jawatankuasa SIDMA Ihya Ramadhan Noradilah Mohamaddia berkata, diantara program Kolej SIDMA di bulan Ramadhan adalah Majlis Berbuka Puasa Percuma untuk pelajar setiap hari, Solat Taraweh Berjemaah, Tadarus Al-Quran dan Nuzul AL-Quran. Aktiviti ini diadakan setiap hari di Kolej sehingga 2 Jun 2019.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang pengagihan bubur lambuk Kolej SIDMA, bolehlah melihat pengumuman di media sosial rasmi (Facebook atau Instasgram :SIDMA College) atau boleh hubungi Noradilah di talian  088-732 000 atau 088-732 020.-pr/BNN