Ketua BERSATU Putatan sampaikan sumbangan Hari Raya pada pemimpin bahagian

0

KOTA KINABALU: Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Putatan, Datuk Seri  Haji Arsit Haji Sedi telah menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada para pemimpin BERSATU bahagian itu sempena bulan Ramadan pada Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di perkarangan kediamannya di Kampung Sedomon, Petagas, Putatan semalam.

Majlis itu diadakan serentak dengan penyampaian insentif Hari Raya kepada anggota pengasas Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad (Kop-Pusamaju).

Arsit merupakan Penasihat Kewangan dan Teknikal Kop-Pusamaju. Turut hadir ialah Datin Seri Hajah Zairenah Irene Siyu, Timbalan Ketua Penaja BERSATU Bahagian Putatan, Encik Ali Hussin Sharin, Ketua Srikandi BERSATU Bahagian, Puan Salma Said dan Ketua Armada BERSATU Bahahian Putatan, Mohd Isquzawan Israq Arsit.

Arsit turut mengumumkan rancangan perniagaan koperasi itu yang akan membelanjakan berpuluh juta ringgit dalam  beberapa sektor seperti hartanah, perniagaan runcit dan pelancongan.-pr/BNN