SIPITANG: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Sipitang telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri bersama Keluarga Saudara Kita (Mualaf) di perkarangan Rumah Rehat Sipitang, semalam.
Majlis itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Encik Matbali Musah (duduk, tiga dari kiri) yang juga Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Sipitang, Ketua Penaja Srikandi BERSATU Bahagian Sipitang, Datuk Surinam Sadikon (duduk, dua dari kiri), Ketua USIA Bahagian Sipitang, Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad (duduk, empat dari kiri) yang juga mantan Ahli Parlimen Sipitang.
Pemimpin dan masyarakat Islam setempat telah majlis itu.
Kelihatan dalam gambar, Sapawi bersama Matbali, Surinam dan tetamu lain yang menghadiri majlis itu.-pr/BNN