KENINGAU: NGO Angkatan Perpaduan Sabah (APS) mengalu alukan langkah Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pelaksanaan Program Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Pulang Ke Negara Asal (Program Back For Good) merupakan suatu penyelesaian bijak kearah menangani masalah PTI yang berpanjangan dinegeri ini.
Naib Presidennya Paul Kadau (pic) mengibaratkan masalah pendatang PATI yang berpanjangan diSabah umpama penyakit barah yang sukar diubati kerana ketiadaan vaksin yang sesuai untuk merawatnya sehinggalah penghidapnya pasrah dan menyerahkan nasibnya kepada takdir, katanya.
Rakyat dinegeri ini bukan sahaja bosan dengan masalah kebanjiran PATI yang semakin meruncingkan kerana walaupun berbagai langkah telah dijalankan kerajaan untuk menghantar balik golongan itu namun bukan pula berkurangan malah semakin bertambah, tegas Paul.
Oleh itu, dengan pelaksanaan program itu, Paul berharap agar turut dilaksanakan di Sabah kerana ia merupakan program yang tidak mengenakan hukuman yang berat kepada warga asing yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta lmigresen 1959/63 (Akta 155) untuk pulang ke negara asal secara sukarela mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, kata Paul dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sehubungan itu, Paul turut senada dan menyokong kenyataan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor yang mahukan program itu akan dilaksanakan di Sabah selepas diSemenanjung Malaysia.
Baru baru ini Muhyiddin berkata, program berkenaan telah mendapat persetujuan Pejabat Peguam Negara dan akan bermula dari 1 Ogos ini hingga 31 Disember depan dimana bayaran kompaun dikenakan ialah RM700 bagi setiap warga asing menyertai program terbabit.
Bagaimana pun, program tersebut hanya kesalahan PATI membabitkan Seksyen 15(1) (c) iaitu tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah mengikut Akta 155.
Paul menambah, walaupun berbagai langkah dan tindakan telah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini, seperti Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai PATI, dan lain lain operasi khusus untuk mengesan dan menghantar pulang PATI ke negara asal mereka namun sehingga kini tidak menampakkan sebarang hasil yang positif, katanya.
“ Kita berharap program tersebut diterus dan di laksanakan secara proaktif sehingga ‘zero’ kehadiran PATI di semua Daerah di Sabah, contoh akhir akhir ini sejak kerajaan Warisan dibentuk sangat ketara sekali di kawasan Pedalaman khususnya diKeningsu kelihatan kehadiran PATI semakin bertambah.
“ Malah mereka berani menjalankan perniagaan haram di tempat larangan di pekan Keningau dan apabila kita tanya kenapa menjual di tempat larangan mereka menjawab konon ” Shafie Apdal adalah bapa kami,” katanya.-pr/BNN