TENOM: NGO Angkatan Perpaduan Sabah (APS) menggesa kerajaan Pakatan
Harapan (PH) agar membincang semula menerusi pakar pakar sebelum
memuktamadkan rancangan untuk mengeluarkan Pas Sementara Sabah (PSS)
keatas lebih 600,000 warga asing dinegeri ini.
Naib Presidennya Paul Kadau (pic) berkata, ini kerana sejak kebelakangan ini terdapat kebimbangan dan keresahan rakyat diakar umbi berhubung hasrat kerajaan itu malah disifatkan mereka (rakyat) sebagai mendepani masalah baharu selepas isu “Projek IC” yang berlaku sekitar tahun 1990an, katanya.
Paul berkata, kerajaan hari ini dialu alukan menggubal satu mekanisma
baharu PSS khusus untuk menangani masalah populasi warga asing yang
tidak berdokumen yang dianggarkan berjumlah lebih sejuta orang yang
menetap diSabah.
Namun persoalannya, bagaimana dengan senarai dan rekod yang ada didalam RCI, adakah ianya dibiarkan begitu sahaja tanpa apa apa tindakan? tanya Paul.
“ Kita bersetuju dengan pendapat bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing bahawa adalah lebih baik kerajaan perlu kekalkan keputusan yang sedia ada untuk menghantar balik semua warga asing (PTI) ke negara asal mereka.
“ Selain itu, jika PSS tujuannya bagi menggantikan tiga dokumen dikeluarkan kepada warga asing tinggal lama di Sabah iaitu IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung-Burung, adalah lebih baik semua dokumen itu dibatalkan dulu dan hantar mereka balik sebelum PSS dikeluarkan kepada mereka.
“ Buat apa kita rancang yang baharu jikalau rancangan yang lama untuk menghantar balik pun belum selesai…(maka) atas dasar itu, apa juga rancangan yang baik pasti akan terbengkalai,” katanya dalam satu kenyataan disini pada Sabtu.
Selain itu, Paul turut sangsi apakah pemegang PSS juga mempunyai tahap
persamaan dengan pasport yang boleh bebas mengembara diseluruh negara
dan adakah pemegang PSS memerlukan permit kerja ketika bekerja di Sabah, katanya.
Namun demikian, impian rakyat selama ini mahukan kerajaan agar benar
benar serius untuk menyelesaikan kemelut masalah kebanjiran warga
asing tanpa dokumen yang masih berada dinegeri dengan segera supaya
rakyat menikmati suasana hidup yang aman dan harmoni.
Ini adalah kerana kependudukan mereka (pti) dinegeri ini sejak
kerajaan USNO sehingga sekarang hampir 50 tahun banyak menimbulkan
masalah sosial dan sebagainya seperti kes ragut, mencuri, pemlsuan
dokumen dan pembunuhan menyebabkan suasana kehidupan harian rakyat
tulen turut terganggu, kata Paul.
Paul berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri
Tan Sri Muhyddin Yassin baru baru ini berhubung rancangan kerajaan
mengeluarkan PSS bermula 1 Jun 2020.
Muhyddin mengumumkan keputusan itu selepas mempengerusikan mesyuarat
jawatankuasa induk bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie
Apdal di sini dipetik berkata, PSS dikeluarkan dalam usaha untuk
menyelesaikan isu kepelbagaian dokumen serta dapat memudahkan
penguatkuasaan serta pemantauan pergerakan warga asing oleh pihak
berkuasa.
Tiga dokumen itu kebanyakannya dikeluarkan kepada warganegara Filipina
iatu kad IMM 13 kepada warga asing berstatus pelarian, sijil banci ketika program pemutihan Pasukan Petugas Khas Persekutuan dan kad burung-burung yang dikeluarkan pada 1970 hingga 1990an.-pr/BNN