KONGRES….Ahli Parlimen Sipitang, Tuan Haji Yamani Hafez Musa (tengah-bersongkok) bergambar bersama pemimpin muda dari Gabungan Siawazah Sabah Semenanjung (GSSS) yang menghadiri Kongres Maruah Melayu di Stadium Tertutup Malawati,Shah Alam, kelmarin.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyampaikan amanat di kongres itu yang turut dihadiri pemimpin pelbagai parti politik, antaranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu.
Hadir sama ialah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Dr. Mahathir berkata, Kongres Maruah Melayu yang berlangsung bukan perhimpunan bermotif politik dan perkauman, malah tidak dijadikan tempat untuk mengecam bangsa lain.
Katanya, perhimpunan mengumpulkan orang Melayu itu bukan bermotif politik walaupun dihadiri ramai pemimpin politik.-pr/BNN